Thursday, April 12, 2012

TAGGED UNDER:

FAM : Dari Harimau Malaya Terus Jadi Harimau Sarkas


FIFA: Malaysia Di Tangga 156 Dunia - Sumber

Wa membaca berita tentang prestasi bolasepak negara kita sambil terkenangkan nostalgia betapa suatu masa dulu kita pernah bergelar gergasi Asia. Pernah sama tinggi dengan Jepun & Korea dan pernah digeruni oleh negara negara dari Timur Tengah. Pernah juga menjadikan perlawanan dengan negara negara ASEAN sebagai hanya permainan pemanas badan. 

Tapi apabila dibandingkan dengan masa sekarang, kita pula yang perlu melutut dan berdoa agar tidak dimalukan walaupun hanya pertemuan dengan negara seperti Laos dan Kemboja, atau mungkin tak lama lagi kita duduk sama level dengan pasukan Timor Leste malah mungkin juga mangsa ratahan dan itu sangat pasti jika tiada perubahan dalam karenah orang orang penting dalam FAM. Sangat Pasti.

Dengan fasiliti kelas pertama, stadium bertaraf mega, prasarana yang sentiasa ada penambahbaikan, latihan yang ekstensif, gaji dan saraan yang semakin tinggi, liga yang gah dan tidak lupa juga dengan pertambahan jumlah penonton, tapi kenapa kedudukan kita dalam senarai dunia makin merudum ? Apa yang tak kena dengan senario bolasepak kita ?

Wa masih boleh terima kalau kita sekadar dikalahkan oleh Thailand & Indonesia dalam kedudukan tersebut, tapi ni kita berada dibelakang Palestin (153) yang kita tahu tak pernah aman dari pergolakan. Kita berada di belakang Bangladesh (152) yang majoriti penduduknya dibawah paras kemiskinan tegar (patut la mamat bangla tadi senyum je masa wa singgah kat Petronas .. ceh) . Kita berada dibelakang Samoa (155) yang mana sukan bolasepak ni macam tak wujud dikalangan rakyatnya yang mencintai rugby dan sumo. Ya, pasukan kita dah tak ubah macam Harimau Sarkas yang gah pada nama, gah pada ngauman tapi hakikatnya tak bergigi dan tak pula berkuku .. hadoih

Dalam memperkatakan hal bolasepak negara, kita memang tak boleh lari dari menuding jari kearah FAM, badan yang dipertanggungjawab untuk mengendali dan memajukan sukan bolasepak Malaysia, ye lah .. takkan nak tuding ke FIFA plak, malangnya badan induk tersebut mengamalkan polisi tertutup pada kritikan dan sentiasa bersikap elitis dalam keputusan. Langsung tak boleh dikritik walaupun kritikan yang bertujuan untuk kebaikan. C'mon la weyh ..

Kenapa FAM seperti menghakmilikkan sukan bolasepak seolah olah memang kepunyaan mereka secara ekslusif 100%? Apakah FAM lupa bahawa sumber kewangan mereka juga datang dari rakyat ? Tak kira samada geran tahunan, belanjawan sukan termasuklah pendapatan dari tiket perlawanan dan sebagainya.

Walaupun mungkin nada wa berbau retorik dan klise, tapi MEMANG sudah sampai masa untuk keseluruhan blok FAM dirombak dan diperbaharui dengan mereka mereka yang memang ada keinginan untuk menaikkan kembali imej kita sekurang kurangnya di kalangan negara ASEAN.

Sudah tiba masa untuk badan tersebut dikendalikan oleh individu yang benar benar layak dari segi pengurusan & pentadbiran sukan. Selagi keadaannya masih kekal seperti hari ni, kita tak payah mengharapkan ada sinar dihujung terowong, kedudukan pasukan kebangsaan akan tetap goyah tak kira siapa pun yang menjadi jurulatihnya waima Jose Maurinho sekalipun  (silap silap Maurinho pon boleh sasau dengan karenah FAM). 

Sekali lagi wahai FAM, sudah sudah lah berpolitik dan hentikan lagak elit tu..  jangan dibazirkan lagi duit peruntukan dan pendapatan untuk sekadar imej gah tapi tak bernilai apa apa.. Wa tak nak kutuk lelebih sebab wa tau FAM memang kebal dari kritikan apatah lagi dari blogger picisan macam wa.

Tapi yang pasti ..Tolong lah berubah atau rakyat Malaysia yang perlu berubah selera dari bolasepak kepada sukan lari dalam guni .. kah kah kah kah

Nota : Blog wa ni mungkin akan dikenakan penggantungan selama 2 tahun kerana mengkritik FAM secara terbuka ... kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. Aku tetap sokong FAM.... jangan salahkan FAM dalam hal ni... yang patut salahkan adalah pengkritik...depa tau kritik jer...buat keje xtau...hidup FAM.... biar sampai lingkup bola kat M'sia........

    ReplyDelete
  2. @Anonymous errr.. wa sokong komen lu .. keh keh keh keh

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top