Tuesday, May 29, 2012

TAGGED UNDER:

Alangkah Rasisnya Pakatan Rakyat


Sebagai menyambut dan meraikan agenda pembaharuan yang diketengahkan oleh DS Najib - 1 Malaysia, wa quote konsepnya seperti berikut

• Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

• Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang    berpaksikan    prinsip    “Rakyat Didahulukan,   Pencapaian   Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

• Gagasan 1Malaysia ber tujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia

==================================

Parti parti dalam Pakatan Rakyat terlihat bersungguh sungguh dalam melaksanakan konsep yang ingin direalisasikan oleh DS Najib ni tanpa kompromi apabila kesemua parti yang bernaung dibawah jenama Pakatan Rakyat adalah terbuka kepada semua kaum dan etnik seperti yang ditunjukkan dalam foto foto dibawah.













Jika terminologi yang digunapakai dalam agenda 1 Malaysia itu diterjemahkan sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia sebagaimana yang diimpikan oleh Najib, maka jelaslah bahawa Pakatan Rakyat telah berjaya dengan cemerlang mempelopori hasrat yang nyata tidak dapat diimplementasi oleh komponen komponen BN sendiri.

Jadi sebagai parti 'Bangsa Malaysia', Pakatan Rakyat dilihat sangat rasis apabila menolak kerjasama dan perpaduan selain dari Bangsa Malaysia seperti Bangsa Indonesia, Myanmar, Nepal, Bangladesh, Pakistan & Filipina .. kah kah kah kah kah

Maaf. Permohonan Anda Tidak Diluluskan .. kah kah kah kah



The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. Salam Yob,
    Rugi tak amik Mamat Pakistan tu, hensom bangat!

    ReplyDelete
  2. @MOH KEMBARA nampak macam menggalakan lagi pendatang asing masuk Mesia aje bunyi nyer... Baguih le rope itu!!!!!!

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top