Thursday, May 31, 2012

TAGGED UNDER: ,

NFC : Kes Yang Belum Selesai



Umum telah mengetahui tentang berita SPRM membebaskan Shahrizat Abd Jalil dari pertuduhan melakukan rasuah. Berita ini walaupun sememangnya sudah dijangka namun masih ada isu penting yang perlu dibangkitkan oleh saf kepimpinan Pakatan Rakyat.

NFC adalah merupakan salah satu antara 2 syarikat yang telah disenarai pendek dari jumlah 6 syarikat lainnya untuk dianugerahkan kontrak bernilai RM250 juta yang dijalankan secara rundingan terus (direct nego) antara pembida dengan Jawatankuasa Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh PM sendiri, dimana satu lagi syarikat yang berjaya disenarai pendek ialah Felda Farm Products Sdn. Bhd. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Noh Omar selaku orang yang bertanggungjawab dalam urusan berkaitan ketika ditanya dalam sidang parlimen.

Berbanding dengan Felda Farms Sdn. Bhd yang dikatakan memang menjadikan industri penternakan sebagai teras perniagaan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang terbabit, NFC pula adalah satu syarikat yang baru sahaja ditubuhkan khusus untuk membida projek ini. Individu individu disebalik syarikat NFC pula, juga tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan selain dari hubungan kekeluargaan dengan seorang senator merangkap Menteri Wanita (ketika itu) iaitu Shahrizat Abdul Jalil. 

Tindakan untuk menganugerahkan projek yang melibatkan jumlah yang besar sebegini kepada sebuah syarikat yang langsung tidak mempunyai pengalaman adalah sesuatu yang sangat sangat meragukan. Ianya juga mencetuskan spekulasi apabila syarikat yang jauh lebih layak diketepikan walhal, pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan projek yang ada kaitan dengan kerajaan sudah semestinya dituntut dan amat penting untuk ditekankan. 

Apatahlagi pemberian kontrak kerajaan kepada pihak yang tidak layak adalah juga merupakan satu bentuk kesalahan rasuah, bermakna rasuah tetap berlaku dan perlu diberikan perhatian. Ini adalah tugas SPRM untuk menyiasat bagaimana pemberian kontrak dijalankan dan kenapa satu satunya syarikat yang layak diketepikan.

Dengan melepaskan Shahrizat dari tuduhan tidak bermakna isu ini terus ditutup kerana ada pihak lain yang perlu menjawab persoalan. 

Jadi kalau bukan Shahrizat, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan ?  Noh Omar atau Najib sendiri sebagai pengerusi yang meluluskan tender? 

Nota: Kita amat berharap semoga tidak ada lagi kejadian terjun tingkap lagi selepas ini ..

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. kah kah kah kah kah --lembu terlepas kandanggggggggggggg

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top