Thursday, May 31, 2012

TAGGED UNDER:

Isu Hina Sultan - Blogger Aduka Taruna Bebas Dari Tuduhan



Blogger "Aduka Taruna" atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abd Ghani, 26 yang diheret ke Mahkamah atas dakwaan menghina almarhum Sultan Johor didapati tidak bersalah.

Ketetapan itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban, lapor Peguambela Mohd Radzlan Halaluddin kepada Malaysiakini/

Dua tahun lepas, Khairul Nizam mengemparkan negara apabila secara terbuka melahirkan rasa tidak selesa dengan kehidupan eksklusif di istana.

Sejak itu, blogger mesra Pakatan Rakyat itu menerima kritikan Umno sehingga mengheret beliau ke Mahkamah.

Beliau ditahan selama empat hari di Mahkamah Kota Baru sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada 29 Januari tahun yang sama.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top