Sunday, March 11, 2012

TAGGED UNDER: ,

Badut Badut Politik

MAKIN lama politik negara makin kelihatan 'lucu'. Dan kelucuan itu dapat dilihat semakin ketara bila tarikh pilihan raya umum semakin hampir. Banyak sebab memungkinkan kelucuan itu memuncak. Antara yang paling menonjol adalah keghairahan untuk menjadi calon ataupun meraih keuntungan politik daripada 'tuan-tuan politik'.


Oleh kerana itulah hampir saban hari kita membaca dan mendengar komen-komen bodoh dilakukan secara rambang oleh ahli-ahli politik. Lebih malang lagi jika komen picisan tanpa sebarang fakta logik itu disiarkan pula oleh akhbar atau media massa bertujuan untuk membodohkan pembaca atau audiens pula.


Salah satu komen bodoh yang disiarkan media adalah kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang melahirkan kegusaran bahawa pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS di Kedah akan berubah menjadi pentadbiran ulama seperti di Afghanistan dan Iran.

Menurut Tan, di Afghanistan dan Iran, 'majlis ulama' lebih berkuasa daripada kerajaan dan mempunyai kata putus dalam semua perkara.


Tambah Tan, PAS mengambil kesempatan daripada pembentukan 'jawatankuasa pemandu' bagi dijadikan alasan untuk membolehkan majlis ulama mengambil alih kuasa pentadbiran Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Razak.


Jawatankuasa pemandu itu dibentuk ekoran krisis dalaman yang berlaku di negeri tersebut setelah dua anggota Exco daripada PAS enggan dilantik semula menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN). Pembentukan jawatankuasa pemandu ini juga bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia pernah wujud ketika PAS mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan pada 1990.


Tan memanglah seorang peguam. Tetapi nampaknya beliau terlalu naif untuk memahami fungsi sebenar jawatankuasa pemandu yang dicadangkan PAS Pusat. Seperti dijelaskan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, jawatankuasa tersebut hanya berfungsi menasihati dan memberi pandangan berhubung perkaara-perkara yang difikirkan perlu kepada kerajaan negeri. Ia tidak sama sekali bertujuan melangkaui kuasa Menteri Besar mahupun MKKN.

Menteri Besar dan MKKN boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pandangan jawatankuasa pemandu itu sepertimana kerajaan pusat yang boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan pelbagai suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan persekutuan.


Mendakwa kononnya jawatankuasa pemandu itu akan berperanan seperti 'majlis ulama' juga jauh menyimpang daripada hakikat sebenar kerana ahli jawatankuasa tersebut tidak semuanya terdiri daripada ulama.



Jelas kenyataan dangkal itu sengaja dibuat Tan bertujuan menakut-nakutkan pengundi bukan Islam terhadap kerajaan negeri. Ia juga bertujuan mempalitkan imej 'radikal Islam' terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS yang semakin diterima masyarakat bukan Islam.


Satu lagi kenyataan bodoh dan merapu dikeluarkan bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari kepada Utusan Online yang mendakwa kononnya terdapat pihak tertentu dalam PAS yang cuba membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga untuk diangkat menjadi naib presiden parti itu.


Kata Anuar Shaari, 'desas-desus itu' semakin kencang selepas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi.


Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana Ambiga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta kumpulan 'Anwarinas' yang kini menguasai lebih 70 peratus parti PAS.


Selepas puas melemparkan tuduhan tidak berasas kepada bekas bos dan parti yang pernah disertainya - KeADILan, Anuar cuba pula melebarkan lingkaran fitnahnya kepada PAS.


Bagaimanapun tindakan itu tidak mampu mengangkat martabat beliau sebagai 'pencacai politik' kerana segala tohmahan yang dilemparkan itu jauh daripada fakta dan kebenaran.


Ambiga sendiri pernah menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai selera dalam politik (don't have a stomach in politic) kerana perjuangan beliau dalam BERSIH hanyalah bertujuan untuk memperjuangkan hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi berparlimen. Beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita politik dan tidak mahu menyertai mana-mana parti politik.


Kenyataan Dr Dzulkefly dalam program Wacana Sinar anjuran Kumpulan Karangkraf di Shah Alam baru-baru ini pula hanyalah padangan peribadi beliau berdasarkan perkembangan politik yang berlaku di Mesir dan Timur Tengah. Menurutnya, jika kini PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai ahli bukan Islam, berkemungkinan ketua dewan tersebut akan diberikan kerusi naib presiden seperti mana kedudukan ketua-ketua Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat dalam PAS kini. Namun itu bergantung kepada keputusan parti dan sudah tentu perlu mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama.


Menggambarkan lebih 70 peratus pemimpin PAS kini dikuasai kumpulan 'Anwarinas' juga melucukan apatah lagi jika angka tersebut hanya disandarkan kepada kiraan yang dibuat desperado politik, Dato' Dr Hasan Ali yang dipecat PAS.


Badut-badut politik nampaknya semakin ramai memeriahkan pentas politik negara. Ia juga sesekali boleh menghiburkan di saat politik negara kini semakin dicemari unsur-unsur bohong, fitnah, rasuah, samseng dan ugut. Itupun ada pemimpin BN yang masih mendabik dada kononnya kita menjadi contoh bagi negara-negara dunia ketiga. Hakikatnya dari segi amalan dan kematangan politik, kita sudah semakin jauh ketinggalan berbanding lain-lain negara dunia termasuk jiran kita Indonesia dan Thailand. Lawaknya!

====== Dari Harakah Daily ========

Makin lama makin ramai yang apply nak jadi badut 
Agak agak le weyh ..
Buat lawak pon takleh challenge Amir Raja lawak
Baik luorang pegi jadi Bubu Clown
Iklankan diri utk jadi clown majlis hari jadi .. errr... 3 ribu sejam
Apalagi .. Jom ketawa reramai ... kah kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top