Monday, March 12, 2012

TAGGED UNDER:

Bung Mokhtar Debik Shahrizat



SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini telah dua kali meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meletakkan jawatan ekoran  kontroversi projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), hari ini menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sebagai terbaik walaupun sudah "terlambat."

"Saya lihat ini keputusan yang baik walaupun lewat diambil, diumumkan oleh beliau hari ini. Bagi saya, ia sepatutnya sudah lama diputuskan," kata beliau sambil bertanya "mengapa harus mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini?"

"Jangan tunggu lama-lama. Buat apa hendak tunggu lama-lama," kata beliau merujuk kepada pengumuman Shahizat akan berundur pada 8 April ini.


Sumber - Sinar Harian 

=========================


Bung .. wa setuju dia dah terlambat
patutnya awal awal dulu dia dah berangkat
tapi selagi boleh kaver .. biasa ah puak lu tutup rapat rapat
bila dah tak leh nak ejas ..so hilang le kata sepakat
kah kah kah kah 

Bung .. wa setuju dia dah terlambat
tapi apa jadi ngan duit yg dirembat ?
hal yg tu pon lu kena gesa untuk siasat
ke nak tunggu kain dia terangkat ?
kah kah kah kah kah

Bung .. wa setuju dia terlambat
tapi isu letak jawatan tak leh dijadikan penamat
RM 250 juta .. perghh .. bukan buat buat
lain le kalo lu pon sama sama sebat ..
kah kah kah kah kah 

Bung .. wa setuju dia terlambat
tapi lu masih tak terlewat untuk dikurniakan zuriat ..
kah kah kah kah kah 

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. Ayat Power..aku suke...Tajuk Power..tapi wa rase,lu lagi power..lu debik dua-dua..kah..kah...

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top