Thursday, March 15, 2012

TAGGED UNDER: ,

Bravo Hakim England - Keadilan Untuk Mohd Asyraf Haziq



London - Dua orang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara selepas menunjukkan 'lagak baik' namun selepas itu dirakamkan mencuri dari seorang pelajar malaysia yang tercedera semasa rusuhan di London.

John Kafunda, 22, telah berjaya dirakamkan video amatur ketika sedang menggeledah beg Mohd Asyraf Haziq yang ketika itu tercedera setelah diserang dalam pergolakan sekitar Ogos 2011. Turut didakwa dalam jenayah itu ialah seorang pemuda bernama Reece Donovan yang kelihatan dalam video yang sama, sedang mencuri kandungan dari beg mangsa.

Kafunda dijatuhkan hukuman penjara selama 42 bulan atas dakwaan rompakan dan berkelakuan ganas, sementara Donovan pula dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun.

Sebelum itu, seorang lagi lelaki, Beau Isagba, 18, telah dibicarakan seminggu lebih awal dan dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun selepas didapati bersalah atas dakwaan mendatangkan kecederaan serius kerana menumbuk mangsa hingga menyebabkan rahangnya  patah. - AP

=========

Wa rasa berita ni mungkin bersifat rekaan, khayalan dan mitos semata mata ... 
Wa rasa Associated Press (AP) telah terpengaruh dengan NDI
Hakim tu mungkin dah tersalah fakta ..
Sebab Mohd Asyraf mungkin telah menumbuk diri sendiri ... kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top