Friday, March 16, 2012

TAGGED UNDER:

Katak Gila Makin Berahi Dengan Kebodohan Sendiri



Semalam, masa wa post Si Menopause VS Katak Gila, apa yang wa fikir cuma kedua dua individu cuba nak meraih populariti singkat.. biasa ah , lu cilok wa cilok lu .. padahal dedua datang dari lubuk yang sama . Tapi hari ni, bila wa baca lagi pasal si katak ni .. laa .. memang wa kena ngaku, nak tak nak terpaksa bersetuju ngan Kadiak .. katak ni memang dah bebetul masuk air .. kah kah kah kah kah  

========================================

KUALA LUMPUR - Pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat kerana bertindak memalukan negara menerusi pelbagai tindakan dan isu, kata seorang wakil rakyat Bebas.

Katanya, Perdana Menteri telah memohon maaf atas kepincangan lampau BN tetapi pastinya rakyat juga tertanya-tanya sekiranya pemimpin-pemimpin pembangkang akan menuruti langkah Najib.

“Saya rasa pemimpin veteran DAP yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana peranan mereka dalam mencetuskan peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.

“Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus meminta maaf secara terbuka kerana mengkafirkan pemimpin, ahli serta penyokong Umno menerusi Amanat Haji Hadi yang kini nyata telah memakan diri sendiri.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu badan khas bagi menyiasat penglibatan pihak asing dalam politik tanah air.

Menurutnya, pendedahan bahawa PKR terlibat menerima bantuan menerusi dua badan asing iaitu Konrad Adeneur Foundation dan National Democratic Institute for International Affair (NDI) perlu disiasat pihak berkuasa.

=============================

Weyh putera kodok .. (tukar skit) .. kah kah kah ..berapa banyak air paya yang lu dah tonggang ? . Selain dari beberapa perkara yang lu sebut kat atas , otak lu memang takleh nak analisa isu isu yang lebih kritis ke ? Oh .. sorry .. berapa inci je saiz otak katak ye dak .. mana nak proses banyak data .. yang dia tahu cuma tangkap lalat tepi bangkai ... kah kah kah 

Inche' Bayan Baru , PM mintak maap pasal apa eh ? lu tau ke pasal apa ? Kalo setakat kata kepincangan lampau BN, tak aci le .. lampau tu maksudnya lama .. ke lu nak kata Najib bermaksud kesalahan dibawah teraju 5 PM sebelum dia ? Masa pemerintahan dia suci, bersih dan tanpa calar calar yang kasar .. kah kah kah ..

Inche' Bayan Baru , wa percaya rakyat memang bersikap pemaaf, tapi kena specified le kesalahan tu .. contoh : kalo dia maksudkan isu rampasan kuasa kat Perak, dia kena le mintak maap ngan rakyat Perak, penduduk Sabah takde kena mengena dalam ini cerita . Kalo isu Altantuya, dia kena mintak maap ngan rakyat Mongolia, apa kena ngena ngan rakyat malaysia.. kalo isu royalti Kelantan tujukan pada rakyat Kelantan, kan senang .. Ini idak, main borong je sekali lalu .. lepas tu buat lagi ... kah kah kah kah 

Inche' Bayan Baru , Isu 13 Mei yg lu main petik je .. wa nak skolah kan lu skit ..

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat. - Sumber

Lu baca bebetul ..pastikan spek mata lu terletak elok atas hidung .. kang lu bagi alasan tak nampak plak ... kah kah kah 

Parti apa yang terlibat sebenarnya eh ? .. dan parti tu bernaung bawah sape ? aih .. parti tu pernah memegang tampuk kuasa negeri lu pon ... kah kah kah

Isu pasal Amanat Hadi tu .. wa malas ah nak bincang ..dah berkali kali isu ni dimainkan ..bukan tahap lapuk lagi , tapi dah relai .. baham tanah .. kah kah kah kah ... almaklum le .. lu kan dok bawah tempurung .. mana de kesempatan nak tau peredaran zaman ye dak ? .. tapi untuk berlaku adil, wa petik gak le serba sedikit ngan apa yang lu maksudkan ngan Amanat Hadi  ..

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka -  Sedutan Ucapan yang dipertikaikan

Cuba lu cerita skit .. kat mana yang salah dalam tu ? Undang undang Lord Reid tu bukan milik penjajah ke ? Islamik ke ? ke lu memang tak pernah tau ? kah kah kah kah kah 

Pasal Isu NDI, nampak sangat lu memang tak de inisiatif utk mengetahui perkembangan terkini .. semalam pon wa dah post isu tapi wa letak tajuk Ketepek Atas Dahi Blogger Gerombolan .. sekang ni berlepuk ataih kepala lu .. kah kah kah kah

Inche' Bayan Baru, apa yang wa amat pasti ... lu yang kena mintak maap ngan pengundi kat Bayan Baru. Diorang pilih lu sebab lu calon PR & diowang tak suka BN. Lu kena mintak maap sebab khianat pada kepercayaan diowang, Lu kena mintak maap, sebab dengan tak malunya berjaya merubah diri menjadi katak dengan sengaja.. dan lu kena mintak maap sebab akal lu tak sampai sejengkal ..mereng plak tu .. kan tak snonoh perangai lu ? .. kah kah kah kah 

p.s : Biar mati kutu .. jangan mati katak ... kah kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

6 comments:

  1. Aku memang suka Blog ni...(Fakta di sekalikan)..memang Penulis yang bertaraf profesor...Tahniah....

    ReplyDelete
  2. @Anonymous taraf profesor ? mak oih .. patut le sampai orang tak berani komen ... kah kah kah ...apa apa pon .. wa suka kat lu .. sebab lu komen .. dah lama wa rasa gatal tangan nak balas komen ... kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete
  4. biar lah dia menyalak... lagi banyak dia menyalak lagi byk kebebaghalan nya terserlah...jangan kata org pr yg meluat dengar...org ameno pun senak perut bila dengar dia melalak...no point... just mengumpat n mencaci bangsa sendiri...otak nya terpacul dari persekitaran acaq china setinggan...kalau jumpa bayang dia pun jgn pijak...nescaya sial... ungkapan hina yg terpancut dari sanubari ku untuk renungan bangsa ku.....ampun lah aku Ya ALLAH...

    ReplyDelete
  5. @Anonymous 1. Itu yang pelik .. katak menyalak ..

    2. ameno boleh ke bagi dia kerusi ? ikut pengalaman .. beliau hilang deposit kalo tanding bebas .. huhuhu

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top