Thursday, May 17, 2012

Ameno Parti Saka ??


Ameno berkeras mengatakan parti keramat mereka berumur 66 tahun walaupun sebenarnya ramai yang tahu bahawa parti tersebut telah dikafankan pada Februari 1988. Bertitik tolak dari pengebumian tersebut baka dari arwah Ameno telah terpecah menjadi dua entiti, satu menjadi Ameno Jr. dan satu lagi menyandang nama baru S46. 

Maka 2 entiti baru ini sebenarnya wujud pada tahun 1988, dan saling mengaku bahawa merekalah pembawa gen dari almarhum Ameno. Persis kembar siam yang terpaksa dikorbankan salah satunya untuk memberi hayat kepada yang lagi satu maka S46 yang lebih lemah dan kecil terpaksa beralah. Maka tinggallah Ameno Jr. untuk meneruskan kesinambungan Ameno Sr. 

Maka sebab itulah entri wa kebelakangan ini melabelkan parti ameno ini adalah parti voodoo yang boleh merasuk dan membuatkan manusia menjadi lupa diri dan hilang perasaan malu. Semua yang terkena badi ini akan dengan rela menjadi beruk beruk sarkas dan hilang kawalan harga diri. Sebab apa ??

Sebabnya  Ameno Jr. adalah satu entiti yang tidak boleh berdiri sendiri melainkan diresapi dengan semangat hantu Ameno Sr. yang telah dikebumikan pada tahun 1988. Tanpa roh dan semangat tersebut, Ameno Jr. sememangnya tiada kekuatan dalaman selain jasad yang kaku. Sebab itulah jasad Ameno Jr. yang diresapi oleh roh Ameno Sr. terus mengaku bahawa umurnya adalah 66 tahun dan bukannya 24 tahun.

Dari jalinan Ameno Sr dan Ameno Jr yang bersatupadu, kini, tibalah pengemudi hayatnya yang bernama Najib yang merupakan penutup dari teori RAHMAN, yang secara tepatnya berada dikedudukan yang ke 6, maka kesungguhan mereka untuk merayakan hari ulangtahun yang ke 66 secara besar besaran .. hanyalah sebagai pelengkap kepada tesis wa bahawa mereka adalah ...

Parti 666


kah kah kah kah kah

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. SETAN tu bro!! Ameno parti setan la camtu kan???

    keh keh keh keh keh keh...

    Patut la kuat merasuk...

    ReplyDelete
  2. @Madie syttt ... jangan cakap kekuat .. kang jembalang terbangun .. kah kah kah

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top