Friday, May 18, 2012

TAGGED UNDER: ,

Laaa .. Lim Guan Eng Tak Abih Abih Buat Perangai



Dah banyak kali Ketua Menteri Pulau Pinang buat perangai, kalo sekali dua tu boleh le lagi .. tapi ni dah banyak kali. Luorang cuba perhatikan 5 perkara  kat bawah yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh manusia yang bernama Lim Guan Eng ni ..


1. Peruntukan RM1.75juta untuk SAR & Sekolah Tahfiz (klik untuk berita penuh)

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah tahfiz pada tahun ini menjadikan RM1.75 juta berbanding tahun lepas hanya RM1.5 juta. Demikian kata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada majlis sumbangan peruntukan untuk SAR 2010 di Madrasah Al-Aminiah, Kampung Pertama, dekat sini semalam.

2. Kenaikan Elaun Bilal & Siak  (klik untuk berita penuh)


Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman berkata dengan kenaikan itu, kira-kira 400 bilal yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM180 sebulan akan menerima RM324 sebulan, manakala elaun bagi kira-kira 400 siak akan dinaikkan kepada RM360 sebulan daripada RM200 sebulan.

"Keputusan untuk menaikkan elaun bilal dan siak ini dibuat pada mesyuarat MAIPP dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahagian agama Islam minggu lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Rabu.

Mansor berkata kerajaan negeri akan menanggung 70 peratus daripada perbelanjaan berkenaan yang berjumlah kira-kira RM2.3 juta manakala MAIPP pula menanggung 30 peratus kos terbabit, berjumlah hampir RM985,000.


Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman berkata, jumlah agihan sumbangan zakat kendalian Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) itu berdasarkan kadar kos kehidupan di luar negara dan bidang pengajian yang diambil oleh mahasiswa berkenaan.

"RM5,000 diberikan kepada pelajar bidang agama di Mesir serta Jordan, dan RM12,500 badi bidang perubatan di negara yang sama.

"Manakala, RM4,000 diberikan pelada pelajar bidang agama di Indonesia dan RM6,000 kepada kepada pelajar bidang perubatan di negara yang sama," ujarnya semalam di Dewan Masyarakat Penyayang, George Town.


4. Pembinaan komplek Mahkamah Syariah setinggi 7 tingkat yang bernilai RM 36 Juta (klik untuk berita penuh)


Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memberikan sebidang tanah milik kerajaan negeri yang bernilai RM 73 Juta ringgit, yang bertujuan mahu membina sebuah komplek Mahkamah Syariah setinggi 7 tingkat yang bernilai RM 36 Juta ringgit, di Jalan Scotland-Jalan Batu Gantung.


Komplek 7 tingkat ini akan menggantikan banggunan 2 tingkat yang telah digunakan sekian lama (semenjak zaman BN/umno perintah) sebagai mahkamah syariah selama hampir 15 tahun. Komplek ini juga akan menempatkan mahkamah rendah syariah, 4 mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rayuan dan juga sebuah perpustakaan yang hanya akan menyimpan buku-buku berkenaan dengan islam.

Dalam projek pembangunan yang bernilai RM 36 juta ringgit ini, sekali lagi Guan Eng buat honar apabila sebuah syarikat pembinaan bumiputera 100% IHS Utara Malaysia Sdn.Bhd., telah diberi tender tersebut untuk menyiapkanya.

dan yang ter'latest'

5. Pengambilan lot tanah bukan Islam untuk Tanah Perkuburan Islam (klik untuk berita penuh)


MASALAH umat Islam di Jelutong yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri era Barisan Nasional sejak 13 tahun lepas berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, proses pengambil alihan tanah seluas 3.208 ekar milik bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menangani masalah kepadatan tanah perkuburan Islam di Jelutong dilakukan sungguhpun Kerajaan Pusat sebelum ini berjanji untuk membeli tanah bernilai tinggi itu.

“Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam".

"Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan bukan Islam di Pulau Pinang," ujar beliau pada satu sidang media di Komtar baru-baru ini.

==============

Hadoih .. 5 kes ni yang berlaku pada tahun 2011-12, cuma antara banyak lagi kes yang berlaku sepanjang pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng.

Kalo macam ni punya kelakuan yang ditunjukkan pada rakyat.. maka sampai ke tua pucat lah barisan melayu padukang kat bawah ni bermimpi nak amik alih kerajaan negeri.. kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

3 comments:

  1. mat bangla ketua pemuda united buat apa?menyalak macam orang bodoh...memang bodoh pun selamanya!!!!dolah bodawi buat apa dulu?tidoooooooooo!!!!

    ReplyDelete
  2. tidak sia-sia orang pulau pinang
    bertuankan lim guan eng.
    kalau ini macamlah,
    mamak2 yang tak semengah perangai tu
    hantar saja balik ke india.
    biar padan muka mereka.
    biar mereka mampus...

    ReplyDelete
  3. hadoi.... tu tahun 2011-2012... nie pucuk pimpinan dah dekat nak pru mcm mcm depa buat....

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top