Thursday, May 17, 2012

KAMBING Plak Nak Demo Depan Rumah Ambiga



Memula heboh si antero Malaya, segelintir peniaga burger yang rugi tapi boleh buat bodoh meniaga kat depan rumah Ambiga, tempat yang takde orang lalu lalang dan akhirnya burger terpaksa diberikan secara percuma.

Kemudian sekumpulan manusia yang menyamar jadi lembu dengan menayangkan bontot dilokasi serupa, yang akhirnya mendapat  malu sendiri sebab kebodohan yang melampau..

Kini giliran segerombolan lagi manusia yang bercita cita untuk menjadi kambing, ingin mencari populariti yang sama.. sah sah ini je la ciri ciri manusia yang tersampuk ngan parti sang saka bangsa.. kah kah kah kah

===========================


Kami Kumpulan Anak Muda Benci Ambiga (KAMBING) telah memutuskan perkhemahan yang dirancang di depan kawasan rumah Ambiga akan diadakan seperti berikut :

Masa : Selepas Solat Jumaat (18.05.2012)
Tempat : Perkarangan Lapang/Bahu Jalan/Tepi Jalan Rumah Ambiga 
No 67, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara.
___________________________________________
(*Nota: Sila Bawa Khemah masing-masing termasuk makan-minum sendiri)

Tuntutan KAMBING :

1. Menuntut Ambiga membersihkan Senarai Pengundi Hantu di dalam Majlis Peguam.

2. Menuntut Ambiga membayar kerugian yang ditanggung oleh DBKL, PDRM dan mana-mana pihak seperti peniaga dan individu sepanjang Bersih Kotor 3.0 pada 27 - 28 April 2012 yang lalu.

3. Menuntut Ambiga membayar pampasan kepada anggota keselamatan yang cedera dan seumpamanya.

4. Menuntut Ambiga mengganti kenderaan polis yang dirosakkan perusuhnya, dan kenderaan atau harta benda lain yang rosak seperti pagar, bunga, parit, kon penghadang dan sebagainya

5. Menuntut Ambiga membayar wang PTPTN peminjam-peminjam yang gagal dan tidak mahu membayar semula seperti Adam Adli dll.

6. Menuntut Ambiga memohon ampun kepada Raja Saudi kerana kemungkinan besar jemaah haji dari Malaysia akan bermasalah akibat perbuatannya mengotori bumi suci Madinah dan Makkah.

7. Menuntut Ambiga mengembalikan semula Hak Kewarganegaraannya dan berwarganegaralah di negara nenek moyangnya di Gujerat, India.

Sekretariat KAMBING.
Kuala Lumpur.

____________________________________________________

Adoiyaii ... bangang melantun lantun .. tengok nama kumpulan pon dah terserlah potensi kekambingannya .. kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top