Saturday, June 9, 2012

TAGGED UNDER: ,

Hebahan: Beku PTPTN Bukti Ameno-BN Putus Asa Untuk Tawan Semula Selangor



UMNO telah memukul gendang menandakan bermulanya perang habis-habisan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menjadikan anak-anak muda di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sebagai tebusan.

Menteri Pengajian Tinggi mengarahkan permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu UNISEL dibekukan. Timbalan Perdana Menteri pula menyokong tindakan jahat ini. Datuk Seri Noh Omar pula memberi kata dua-sama ada PKR mengaku silap isu pendidikan percuma atau pelajar menangung sengsara.

Terbaharu, PTPTN membenarkan pelajar UNISEL memohon pinjaman pendidikan hanya selepas beberapa hari isu ini mendapat liputan meluas media massa. Keputusan flip flop ini mungkin tidak tahan dengan desakan dan kecaman pelbagai pihak termasuk parti komponen BN termasuk ahli UMNO peringkat akar umbi yang menentangnya kerana menganiaya pelajar Melayu.

Tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN dan disokong pula Timbalan Perdana Menteri adalah berniat jahat yang akhirnya memakan diri sendiri. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembekuan ini adil tetapi selepas keputusan ini ditarik balik, apakah beliau berani mengatakan tindakan menarik balik pembekuan ini sebagai tidak adil?

Nampaknya kedua-dua Menteri dari Johor ini tidak tetap pendirian. Mereka mula kelam kabut kerana Johor yang menjadi kubu kuat UMNO selama ini sedang menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya akan datang, Pakatan Rakyat akan pastikan Johor bukan lagi deposit tetap bagi UMNO/BN.

Kita percaya pembekuan ini ditarik balik kerana tidak tahan dengan desakan dalaman dan luaran atau juga Datuk Seri Khaled Nordin baru sedar bahawa pembekuan ini seumpama menggali kubur untuk dirinya dan UMNO.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua negeri di Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang saksama, tidak kira negeri itu ditadbir oleh pembangkang atau pemerintah yang menepati konsep Federalisme.

Rakyat Selangor atau penduduk di Selangor membayar cukai lebih RM90 billion kepada Persekutuan atau 23% daripada pendapatan negara. Bagaimanapun, hanya RM370 juta sahaja diagihkan kepada Selangor dalam bentuk pelaburan pembangunan.



Nilai ini sama sekali tidak sepadan dengan sumbangan yang diberikan Selangor kepada pembangunan negara. Jelas sekali, Persekutuan mengamalkan diskriminasi melampau terhadap Negeri Selangor.

Kita sedar UMNO/BN sangat terdesak untuk merampas semula Selangor. Namun, tindakan zalim membekukan pinjaman PTPTN adalah keterlaluan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Tindakan ini menampakkan UMNO/BN telah mula beralih fokus kepada mempertahankan Kerajaan Pusat kerana keyakinan untuk dapatkan semula Selangor semakin tiada harapan. UMNO/BN telah berpatah arang untuk merampas semula Selangor.

Kita berterima kasih kepada Khaled Nordin yang juga disebut-sebut bakal menggantikan Dato' Abdul Ghani Othman, Muhyiddin dan Noh yang telah menggagalkan transformasi yang dicanang Perdana Menteri.

Selepas ini, Khaled Nordin akan dijadikan kambing hitam sebagai punca kekalahan UMNO/BN, nasib yang sama dialami Dr Khir Toyo.

FAEKAH HUSSIN

SETIAUSAHA POLITIK

KEPADA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top