Kami telah difahamkan bahawa para pegawai kawalan trafik udara di Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) Lapangan Terbang Subang telah memberi laporan kepada Pengarah Jabatan Penerbangan Awam mengenai penambahbaikan sistem Malaysian Air Traffic Control Network yang dilaksanakan syarikat-syarikat berikut: SELEC Sistemi Integrati dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT).
Kami difahamkan penambahbaikan ini merupakan fasa kedua dalam Malaysian Air Traffic Services Modernisation Program (MATSMP) Improvement Project (MIP), yang pada awalnya dibangunkan SELEX. Dilaporkan bahawa kos fasa pertama berjumlah RM160 juta, manakala fasa kedua adalah RM120 juta.
Semua sedia maklum bahawa tugas seorang pengawal trafik udara (Air Traffic Controller, ATC) amatlah mencabar dan banyak tekanan oleh sebab nyawa ribuan penumpang kapal terbang terletak dalam tangan mereka. Apa pun sistem atau penambahbaikan sistem yang diguna bukan sahaja wajib selamat dan harus membantu memudahkan kerja-kerja lebih 950 ATC di Malaysia.
Penambahbaikan sistem ini telah diberi kepada SELEX secara “tender rundingan tertutup”, yang menyukarkan pemilihan sistem terbaik melalui proses bidaan kompetitif.
ATC di NATCC Lapangan Terbang Subang telah menerima latihan dalam fasa kedua MIP2 sejak September 2011. Kami difahamkan wujud banyak kecacatan dan kekurangan yang dikenalpasti ATC-ATC ini, yang seharusnya diperbetul sebelum sistem Human Machine Interface (HMI) digunapakai. (Lampiran 1)
Namun kami difahamkan SELEX gagal melaksanakan permintaan tersebut.
Berdasarkan dokumen yang ada dalam tangan kami, sistem HMI ini telah beroperasi sejak 13 Disember 2011. Namun sistem tersebut mengalami pelbagai masalah sejurus bermula operasi, yang menyebabkan keselamatan kesemua penerbangan dalam ruang udara Malaysia pada waktu itu terjejas. Para pengawal trafik udara HMI tidak stabil dengan banyak kelemahan, langsung menyebabkan Pengarah NATCC menghantar satu memo kepada semua pengawal trafik udara, membangkitkan isu “inconsistency in cleared flight level”.
Sepucuk surat yang ditandatangani sebelas orang, yang termasuk timbalan-timbalan pengarah pengawal trafik udara di NATCC bertarikh 4 Januari 2012 telah dihantar kepada Pengarah NATCC untuk menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap ketiadaan maklum balas dari pihak berkuasa tentang kecacatan-kecacatan dan kekurangan-kekurangan dalam MIP2. (Lampiran 2)
Pegawai-pegawai tersebut turut menyatakan peningkatan tekanan yang dialami para pengawal trafik udara akibat masalah-masalah yang timbul dari MIP2. Mereka mendesak HMI digantikan dengan sistem yang dahulu, yang mereka anggap lebih boleh dipercayai.
SELEX, yang merupakan sebahagian dari kumpulan Finmeccanica Spa dari Itali, terbabit dalam pelbagai dakwaan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia. SELEX memiliki 30 peratus AAT, manakala Tirai Variasi Sdn Bhd memiliki 50 peratus dan baki 20 peratus dimiliki Tahap Harmoni Sdn Bhd. Pemilik Tirai Variasi adalah Dato’ Zolkipli bin Abdul dan Ikhwan Hafiz bin Jamaluddin, manakala Tahap Harmoni dimiliki Dato’ Mohamed bin Munip dan Datin Puteh binti Mohamed.
Cukup jelas dari dokumen-dokumen yang cukup memeranjatkan ini bahawa ruang udara Malaysia dan penerbangan-penerbangan di dalamnya mungkin berada dalam keadaan bahaya. Kami dengan ini mendesak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk:
a) Menjawab pertuduhan-pertuduhan di atas secepat mungkin. Surat pertanyaan berkaitan isu ini telah dihantar kepada DCA dan Kementerian Pengangkutan. Adakah pihak DCA mengeluarkan sijil penyiapan praktikal (certificate of practical completion) sebelum SELEX dan AAT memperbaiki kecacatan-kecacatan yang telah dikesan?
b) Memperinci masalah-masalah yang dihadapi sistem kawalan trafik udara negara yang meletakkan penerbangan-penerbangan dalam ruang udara Malaysia dalam bahaya. DCA harus mengesyorkan rakyat Malaysia bahawa tahap keselamatan sedia ada mencukupi dengan mengadakan satu audit bebas, yang wajib dilaksanakan pihak International Civil Aviation Organization (ICAO), yang kemudiannya akan diserah kepada semua ahli-ahli Parlimen.
c) Perjelas dan berikan sebab mengapa AAT dan SELEX telah diberi kontrak sebanyak RM280 juta untuk membangunkan MATSMP Improvement Project (MIP) ini.
Kontroversi ini, yang merupakan sebuah lagi kes bidaan tidak kompetitif dan tender rundingan terus telah membelakangkan keselamatan negara dan rakyat Malaysia, seharusnya mendesak kita melaksanakan reformasi parlimen yang membolehkan wujudnya jawatankuasa tetap suatu desakan yang tidak boleh ditolak.
Kami sekali lagi menyatakan perlunya diwujudkan suatu jawatankuasa tetap parlimen bagi perolehan pertahanan termasuk isu kawalan udara, seperti jawatankuasa-jawatankuasa keselamatan negara dan perkhidmatan tentera di Amerika Syarikat.
Kenyataan Media
8 Jun 2012
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap
Naib Presiden KEADILAN
Tian Chua
Ahli Parlimen Batu, merangkap
Naib Presiden KEADILAN
N Surendren
Naib Presiden KEADILAN
How do I provide more info for more interesting practice within DCA.
ReplyDelete