Friday, June 8, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Mesti Tonton: Video DAP Isu Bersih 3.0 - Terbaik Dari Ladang


Isu tuntutan Bersih 3.0 yang masih lagi tergantung gantung tanpa apa apa tindakan susulan dari pihak kerajaan. Malahan sekarang pelbagai isu dicipta untuk mengalihkan pandangan dan pemikiran rakyat dari menumpukan pada perkara perkara yang dituntut oleh gabungan Bersih 3.0.

Hari ini, pihak KDN telah cuba untuk memuatnaik video yang dikatakan sebagai kelakuan ganas yang dilakukan oleh peserta peserta Bersih 3.0, dan cuba untuk menuding kepada pihak pembangkang sebagai pencetus kekacauan dalam negara.

Bangkai gajah manakan boleh ditutup. Ada beratus ratus kamera yang terarah kepada kelakuan ganas dan biadab PDRM kepada peserta perhimpunan dan ini tidak termasuk dari kamera telefon bimbit yang dirakam secara individu. Kelakuan ganas itu hanya tercetus seketika arahan bersurai dikeluarkan oleh Ambiga.

Syabas kepada DAP yang telah mengkompilasikan video seperti dibawah.. Tolong sebarkan untuk pengetahuan dan kesedaran orang ramai yang masih kabur tentang duduk kejadian pada hari tersebut.




Saksikanlah rakaman kekejaman polis yang membantai orang ramai


  • Tembakan gas pemedih mata dilepaskan setelah arahan bersurai
  • Orang ramai langsung tidak melawan walaupun dibedal beramai ramai
  • Anak kecik dan warga tua turut menjadi mangsa
  • Wartawan juga anatara yang dikasari oleh PDRM
  • Gas Pemedih Mata ditembak tepat kepada orang awam
  • Kamera dan video dirampas kerana merakamkan kejadian
  • Kereta diterbalikkan kerana orang ramai menyangka ada orang tersepit dibawahnya
Ubah sekarang .. Bersihkan Malaysia .

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top