Monday, June 4, 2012

TAGGED UNDER: ,

Realiti Media Di Malaysia - Lucu Tapi Benar



Beginilah gaya kebebasan media di Msia yg diilhamkan oleh Sdr Luq Kpg Baru :

"SITUASI SEBENAR : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian." 

HEADLINE AKHBAR :

Harian Metro : "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Buletin Utama : "Jangan politikkan isu nenek dilanggar beca."

Utusan Malaysia : "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah : "Kami tiada beca."

Obefiend : "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak : "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid : "Salah satu agenda Freemason dan Illuminati untuk menghapuskan bangsa melayu adalah dengan melanggar nenek-nenek melayu dengan beca."

Majlis Fatwa : "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Papagomo : "Kantoi! Azmin Ali bersubahat melanggar nenek UMNO dengan beca."

Ibrahim Ali : "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera : "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika : "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu : "Beca tak bayar tol dicari"

Sumber Facebook

Nota: Memandangkan ini hasil cetusan orang lain, wa tak berniat nak tokok tambah, walaupun terasa gak nak edit & masukkan beberapa nama lagi .. errr.. luorang kalo nak .. tambah sendiri la .. kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. NENEK DENGAN UBI KAYU.LAIN MEDIA, LAIN CARA LAPORANNYA.DAN KISAH NENEK INI ADALAH SEBUAH SINDIRAN GAYA PEMBERITAAN DAN PELAPORAN DI NEGARA KITA. ITU BELUM LAGI ISU UBI KAYU ITU BAGAIMANA, IA MEMANG UBI ATAU UBI DAH JADI KAYU? UNTUK MENENTUKAN UBI DAN JENISNYA JE, KENA TUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA UBI KAYU. KEMUDIAN BAB NENEK NI. SIAPA NENEK NI, DARI GUNUNG LEDANGKAH ATAU DARI BUKIT SIGUNTANG? AKHIRNYA NANTI, UBI KAYU DIDAPATI BERSALAH KERANA MENYEBABKAN NENEK KEMALANGAN. KEMUDIAN JABAAN FORENSIK AKAN MENYIASAT IA UBI ATAU KAYU. SIASATAN MEMAKAN MASA BERBULAN2. SEMENTARA SURUHANJAYA DIRAJA TADI GAGAL MENEMUI KONKLUSINYA. PENING.

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top