Monday, August 13, 2012

Bersih 3.0 : Bila Polis Mula Di Soal, Semakin Banyak Kecelaruan Yang Terbongkar




KUALA LUMPUR 13 Ogos: Assistan Superitenden Polis (ASP) Ahmad Jais Usang daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi tidak menolak kemungkinan penghadang di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja dirempuh polis berpakaian preman.

“Yang saya tahu bukan polis. (Tapi) kemungkinan itu ada,” katanya apabila disoal wakil peguam berhubung perkara itu semasa pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Beliau sebelum itu bersetuju apabila peguam menyatakan ada polis yang berpakaian preman tanpa memakai jaket polis, menyebabkan sukar membezakan pasukan itu dengan peserta himpunan dan orang awam.

Apabila disoal pengerusi panel, Datuk Dr Khaw Lake Tee, Ahmad Jais juga tidak pasti sama ada suspek yang merempuh penghadang itu dibawa ke mahkamah.

Ahmad Jais juga maklum dengan penahanan suspek, tetapi tidak pasti sama ada sejurus selepas penghadang dirempuh atau pada waktu berlainan.

Suasana aman semasa perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari menjadi kecoh apabila Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta selepas penghadang dirempuh.

Beliau juga mengaku bahawa keadaan di sekitar Dataran Merdeka dan Dataran Maybank sangat sesak dan tidak tahu laluan yang selamat untuk peserta bersurai.

Semasa sesi pendengaran 9 Ogos lalu, pegawai FRU, ASP Alekzandra Dawam berkata, unitnya melepaskan 112 gas pemedih mata semasa perhimpunan itu. - Sumber

**********

Nota : Tak berhajat nak komen banyak banyak sebab semua point yang penting dah diperjelaskan oleh polis yang terbabit (bold dan kaler biru). 

Kesimpulannya.. Polis sendiri pon ngaku tak tahu laluan selamat untuk keluar dari keadaan sesak tersebut tapi dalam masa yang sama tergamak melepaskan sebanyak 112 butir gas pemedih mata .. hmmm .. clear ?? apa pon tak bleyh ..

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top