Wednesday, August 15, 2012

TAGGED UNDER: ,

Pengharaman Total Aktiviti Ramadhan : Episod Malang Saudara Islam Kita Di Urumqi

Kelihatan beberapa wanita etnik Uighur sedang melintas dihadapan polis separa tentera yang sedang membuat rondaan di pusat bandar Urumqi


Pihak berkuasa di Xinjiang telah bertindak mengharamkan sebarang aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadhan.

Pihak berkuasa China di rantau barat laut Xinjiang, telah mengenakan sekatan dan pematuhan awam dalam bulan suci Islam Ramadhan pada semua daerah yang diduduki oleh minoriti etnik Uighur, lapor kumpulan yang berada dalam buangan.

Kerajaan, yang pada awal bulan lalu meningkatkan keselamatan berhubung ulangtahun keganasan 2009antara etnik Uighur dan Han yang mengakibatkan korban sejumlah 200 orang, telah mengharamkan sebarang bentuk aktiviti keagamaan oleh umat Islam di rantau ini, menurut jurucakap Kongres Uihgur Sedunia yang berpangkalan di Munich.

"Mereka telah menubuhkan sebuah badan yang diberi nama 'kumpulan kestabilan Ramadhan' didalam setiap jabatan dan organisasi rasmi, dan mereka telah memilih anggota untuk berkhidmat bagi pihak mereka," ujar jurucakap yang bernama Dilxat Raxit sambil menambah "Pegawai dari setiap jabatan ini perlu berada dan tinggal di setiap masjid, sambil melakukan kerja kerja pengawasan di kesemua lokaliti."

Sementara itu, para guru, profesor dan anggota kepada Parti Komunis yang memerintah dan juga semua penjawat awam di Xinjiang adalah dilarang keras dari menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan yang bermula dari hari Khamis dan berakhir pada 18 Ogos, menurut Raxit.

"Mereka ditempatkan di setiap masjid pada setiap masa. Mereka ditugaskan untuk membuat pengawasan secara teknologi dan juga pengawasan secara peribadi." tambahnya lagi.

Pengharaman Kepada Pelancong

Seorang petugas yang menjawab panggilan telefon di sebuah masjid di pusat bandar Urumqi berkata, para pelancong adalah dilarang untuk menghampiri masjid sepanjang bulan Ramadhan. 

"Ya, memang benar," akui petugas tersebut ketika ditanya adakah langkah langkah khas dilaksanakan dalam masjid.

"Tiada pelancong yang dibenarkan buat masa sekarang, mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam menunaikan solat," ujar petugas tersebut dan berkata "kita akan lihat apa yang berlaku selepas bulan Ramadhan."

Manakala di bahagian selatan bandar Aksu, polis sedang galak mencari bahan bahan keagamaan "yang dilarang' dikalangan orang Islam yang dianggap melampau dan subversif oleh Beijing, lapor seorang penduduk.

"Mereka selalunya memulakan aktiviti menggeledah pada sebelah malam," beritahu seorang petugas yang menjawab panggilan telefon dari sebuah kompleks apartment dalam bandar.

Restoran yang diusahakan oleh Umat Islam Uighur adalah dilarang untuk menutup operasinya pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. "Berpuasa adalah ibadah bagi orang Uighur" ujar petugas tersebut. "Tiada siapa yang boleh mendakwa bahawa mereka tidak boleh berpuasa, namun operasi restoran mesti dibuka seperti biasa."

Mesyuarat Ideologi

Raxit berkata, pihak masjid perlu mengadakan mesyuarat ideologi dengan pegawai parti pada setiap hari Jumaat. Ini diadakan untuk memantau reaksi penduduk Uighur tempatan.

Zhong, seorang penduduk dari etnik Cina Han bagaimanapun berkata, pendekatan ini terlalu berat. "memang tidak dinafikan, perbuatan ini salah" ujarnya. "Ini adalah merupakan campurtangan kedalam urusan keagamaan orang lain".

Beliau berkata beberapa buah restoran di Urumqi kelihatannya menutup operasi mereka lebih awal ketika bulan puasa.

"Saya telah pergi ke sebuah restoran milik Uighur, dan mereka hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari, " ujar Zhong

Pihak berkuasa China mengenakan sekatan keselamatan di semua bandar besar wilayah Urumqi sejak dari 5 Julai, ulangtahun keganasan etnik Uighur-Han yang mengakibatkan kematian pada 197 orang dan kecederaan kepada beratus ratus orang, menurut laporan rasmi yang dikeluarkan.

Keganasan

Zhang Chunxian, Setiausaha Serantau Parti Komunis, yang dilantik untuk menjadi "Alat Pembersihan" ekoran keganasan yang melanda pada tahun 2009, telah mengarahkan kesemua anggota polis di setiap penjuru wilayah ini untuk meningkatkan langkah berjaga jaga bagi mengelakkan kemungkinan serangan dari pihak pengganas, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Xinjiang Daily.

Lanjutan dari peristiwa keganasan tersebut, China telah memperkenalkan kempen Anti keganasan di wilayah yang kaya dengan sumber alam ini, namun disebaliknya etnik Uighur mendakwa mereka menjadi mangsa kawalan politik dan penganiayaan ekoran perjuangan menuntut wilayah autonomi yang hakiki dimana selama ini hak mereka dinafikan untuk sama sama mengecapi kepesatan pembangunan ekonomi dari Beijing.

WUC melaporkan bahawa terdapat ribuan orang Uighur yang kebanyakannya lelaki, didapati 'hilang' semenjak tercetusnya keganasan kaum, ramai diantara mereka yang dibawa ke pusat tahanan dengan hanya sedikit ataupun hampir tiada langsung notis dan penjelasan yang diberikan kepada saudara mara mangsa.

Terjemahan Bebas dari Sumber : Radio Free Asia

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. Yeke apa yg diceritakan ni? Mcm tipu je? Bagaimana pula dgn org HUi (org Han beragama Islam) di seluruh China? Adakah mereka juga disekat sedemikian rupa?

    ReplyDelete
  2. @Anonymous Anon .. link dah diberikan .. tinggal klik dan baca .. bantuan sekali lagi .. sila klik pada perkataan Radio Free Asia yang berwarna biru kat atas ..

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top