Thursday, August 16, 2012

TAGGED UNDER: ,

Luorang Bukan Rakyat Malaysia Kalau Tak Kenal Individu Dalam Foto Ni ..


weyh .. serius cakap .. muka ni la luorang usung tetiap hari dalam saku dan dompet.. takde muka ni .. maka tak berasap le dapur .. aih .. dah bunyi macam khurafat plak .. kah kah kah .. tapi itu lah kenyataannya .. kepala agung ni la yang buat wang kertas kita laku di pasaran.

So .. untuk edisi raya kali ni .. moh kita terjah siapakah insan yang wajahnya sangat 'mesra' dengan kehidupan kita ni..

===***===

Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan.

Beliau adalah yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (bertaraf Sultan atau Raja) dari tahun 1933-1960. Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang dihuni oleh suku Minangkabau semenjak abad ke-15 dan dinaungi oleh kerajaan Melaka pada masa itu.

Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin ke Sultan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.

Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata wang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.

===***===

Kalo luorang telek matawang kita yang lama lama dulu (80-an), gambar kepala agung tu sangat mirip dengan foto yang disertakan kat atas berbanding wang kertas yang ada sekarang.. la ni dah macam rupa karikatur aje .. huhuhu

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

3 comments:

  1. BN tak bercita-cita tukar kepala duit dengan kepala FLOM ke?

    ReplyDelete
  2. Design yang dah ada skg tuh untuk menyenangkan BN tukar letak gambar mahatir ker najib ker rasi yatim ker muhyidin ker.. silap2 ari bulan boleh letak gambar hajjah mah piem.. hahahahaaaaaasannn aliiii....

    ReplyDelete
  3. Kenapa gak gambar istano silinduang bulan jadi mata uang karena rajo pagaruyung banyak keturunannya.jadi gak adil kl cuma 1 orang yg digambar

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top