Thursday, August 16, 2012

TAGGED UNDER: ,

Syawal Di IbuKota : Kemeriahan Dalam Kesengsaraan

Wa mengambil kesempatan untuk mengucapkan Eid Mubarak pada semua pembaca blog ciput ni .. thanks guys ..  Selamat Berhari Raya & Take an extra care ollz ~!!


Tinggal beberapa hari lagi sebelum Syawal menjelma, Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu kota sudah sesak dipenuhi pelbagai lapisan masyarakat yang datang dengan pelbagai tujuan. Ada yang datang berniaga mencari wang, ada yang datang untuk berbelanja sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Dalam kemeriahan persiapan menyambut Syawal, ramai antara kita yang sedang termenung sambil memeriksa kira-kira kerana perbelanjaan menyambut Hari Raya tidak mencukupi. Realitinya, semakin tibanya musim keraian, harga barang keperluan, termasuk harga sebalang kuih, sekilo ayam akan naik.

Jadi mengapa pemerintah yang bangga dengan slogan ‘Janji Ditepati’ dan ‘Rakyat Didahulukan’ nampak endah tak endah terhadap rakyat terus hidup dalam tekanan. Mungkin, pengurusan kerajaan yang lemah adalah punca yang menjadikan rakyat semakin ditindas.

Benang punya hal, baju jadi mahal….

Harga barang yang kononnya dipantau menjadi semakin mahal. Pernah sekali saya ke kedai menjual pakaian, bila ditanya kepada peniaga kenapa baju kurung biasa pun boleh mencecah harga ratusan ringgit, katanya “nak buat macam mana adik…benang mahal”.

Eh, dua bulan lalu, baju yang sama hanya separuh saja harganya. Macam susah nak terima alasan itu, tetapi secara logiknya semua ini bersangkutan.

Baru-baru ni sahaja, harga minyak petrol R97 turun 10 sen tapi sekarang naik pula 10 sen. Malah ada juga yang kata, sebenarnya kenaikan bukan 10 sen tapi 30 sen. Jadi relevannya, kalau dah harga minyak naik, semua pun akan naik.

Semua urusan perlukan kenderaan untuk bergerak, jadi apabila harga minyak naik semua barang pun akan naiklah untuk menampung kembali kos pengangkutan. Jadi, kitalah yang menjadi mangsa terakhirnya.

Tertekan dan tekanan…

Sebenarnya agenda yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yang mengesyorkan gaji minima diperkenalkan sangat membantu golongan yang makan gaji. Ramai dari golongan ini termasuk saya sudah cukup tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi setiap tahun. Bebanan dan tekanan hidup tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana kerajaan pun.

Jika dilihat  keadaan ekonomi yang semakin menyeksa ini, tanpa gaji minima, golongan makan gaji seperti kami yang baru ingin membina kehidupan akan terus dihimpit hutang terutamanya apabila menjelang hari kebesaran seperti Aidilfitri.

Penguatkuasa tiba-tiba rajin…

Menjelang tibanya Aidilfitri, penguatkuasa ibu kota juga tidak sunyi daripada menjalankan tugas. Setiap hari kita mendengar banyak sekatan lalu lintas yang dibuat, banyak saman yang dikeluarkan, pelbagai operasi yang dijalankan.

Pihak berkuasa sepatutnya membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas atau jaminan orang berniaga serta warga tidak mengalami sebarang halangan. Tetapi mereka hanya “ikut buku” buat sembrono. Seolah-olah bahasa yang mereka faham hanyalah “saman”.

Apakah wang saman itu akan digunakan untuk membina jalan raya yang lebih baik atau jambatan di kampung-kampung pedalaman, atau sekadar mempunyai niat yang lain. Sudah diketahui keributan membeli-belah musim perayaan, pandai-pandailah guna budi bicara.

Senyuman pahit…

Jika dahulu, bila bercakap soal hari lebaran semua orang memberikan senyuman yang paling bermakna, tetapi kini bila bercakap soalan yang sama, ia hanya tinggal senyum kambing je.

Sikap kerajaan UMNO-BN yang dilihat rakus mengambil wang rakyat sehingga menjadikan rakyat Malaysia seperti ‘badan kebajikan’ menyebabkan ramai antara kita  yang mengeluh apabila tiba musim perayaan.

Kerana yang pasti perbelanjaan akan melebihi kos. Walau bagaimana cara berjimat yang dilakukan, ia kurang membantu.

Pecayalah jika kita berfikir lagi sehingga hari ini untuk menjadi sebahagian kecil daripada pengubah sejarah maka tidak akan lagi maknanya lebaran walaupun seharusnya kita raikan dengan penuh kemeriahan dan kesederhanaan. – Iza Suraiya - Roketkini.com

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top