Sunday, March 11, 2012

TAGGED UNDER: ,

Wa Debik Gak Si Rais Ni Kang ...



Weyh .. ari ni wa baca Sinar Harian tapi stok semalam la (10/3) ..Standard wa baca sokabar start dari belakang .. sukan lagi utama woo .. kah kah kah ..

Kelebek punya kelebek, terkesima le wa kat gambar mamat ni, lama gak wa tak debik dia, tapi wa keliru .. nak debik ke idak .. sebab dalam tu nak puji pon ada, nak gelak lagi la ada .. kah kah kah kah

Luorang tengok kat perenggan perenggan ni

Katanya, dalam menghadapi tekanan sehingga membawa campur tangan Pas Pusat dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran negeri, ketegasan Azizan menangani krisis membuktikan beliau tetap mengutamakan undang-undang tubuh dan pandangan rakyat Kedah meskipun 'disepit' oleh kuasa luar.

Tau tak pe .. masa Perak nya kes dulu ada ke lu nasihatkan mamak Zamri supaya utamakan undang undang tubuh kerajaan negeri then dengar pendapat rakyat ?? ada ke ?? owh .. wa lupa masa tu lu terpalit ngan isu dalaman sampai terpaksa saman blogger .. kah kah kah

Lagi ..

"Ketegasan Menteri Besar Kedah ini harus dipuji kerana beliau tidak mahu pihak luar campur tangan dalam urus tadbir negeri," kata Rais selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) di sini, hari ini.

Memang le .. ingat main tangkap muat je ke nak letak dia kat jawatan MB ?? bukan macam lu .. by favor je jadi menteri ...tu pon menteri jaga seni .. padahal jadi dr. undang undang .. errr .. sib baik diowang tak letak lu  jadi menteri jaga pekerja asing ... kah kah kah

Seterusnya lagi ..

"Menteri Besar ini orangnya baik walaupun tidak dapat tunaikan kehendak rakyat sepenuhnya namun sikapnya disenangi rakyat. Oleh itu rakyat Kedah wajar membuat penilaian waras pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau rakyat berikan peluang kepada Barisan Nasional (BN), kita percaya boleh lakukan lebih baik daripada kerajaan Pas sekarang," katanya.

yang ni wa nak gelak dulu ... kah kah kah ... lu demam ke hape anak pakcik Yatim ?? Memula lu puji MB Kedah kata dia memang baik dan disenangi rakyat .. lepas tu lu suruh rakyat bijak buat pilihan .. alih alih .. lu minta rakyat bagi peluang kat BN .. adoih .. statement apa kemenda neyh ?? ..nak kata panas sebab lepas makan durian , musim durian pon dah abih ... kah kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. Anak pak yatim ni ada PhD beli kot. Statement macam orang tak sekolah.....

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top