Tuesday, April 24, 2012

TAGGED UNDER: ,

Syabash Betta .. Jangan Sekali Kali Beri Laluan Zaid Tandingi Kerusi Kota Bharu



PAS Kota Baru enggan memberikan ruang kepada Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalannnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kepimpinan PAS di peringkat negeri telah mencapai konsesus bahawa kawasan Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri akan hanya ditandingi oleh ahli PAS.

"Kami tidak akan menyerahkan sebarang kerusi kepada sesiapa pun termasuk parti dalam Pakatan Rakyat. Semua kawasan di sini kepunyaan PAS," katanya.

Beliau berkata Zaid boleh bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru sebagai calon parti Kita tanpa mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat.

Pada Ahad, Zaid dilaporkan berkata beliau berminat untuk bertanding di Parlimen Kota Baru kerana beliau pernah bertanding di kerusi tersebut sebelum ini.

Beliau berharap PAS akan memberikan laluan kepadanya.

Takiyuddin berkata telah memulakan siri jelajah untuk mempromosikan dirinya sebagai calon yang sesuai di kerusi berkenaan.

Beliau mendakwa Zaid memberi tanggapan kepada orang ramai dia mempunyai hubungan kerjasama dengan PAS.

"Saya ingin tegaskan di sini, Zaid tidak akan tersenarai dalam kempen pilihan raya kita, Beliau ada partinya sendiri," kata Takiyuddin.

Beliau berkata PAS Kelantan telah belajar daripada sejarah hitam yang lalu kerana membenarkan Datuk Paduka Ibrahim Ali bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum 2008.

"Selepas Ibrahim menang, beliau memutuskan kerjasama dengan PAS dan menubuhkan badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak orang Melayu iaitu Perkasa yang mana menjadi ancaman bukan sahaja kepada PAS malah penduduk bukan Bumiputera di negara ini

"Kami tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Sekali digigit cukuplah," kata Takiyuddin.

Sumber : MStar

Nota : Kenyataan ini adalah lanjutan dari satu kenyataan dari Zaid Ibrahim ketika ditemuramah oleh akhbar Mingguan Era . Rujuk Wawancara: Zaid Ibrahim untuk Kota Bharu | Mingguan Era

==============

wa sokong 100% .. jangan sampai dipatuk dua kali ..orang yg semacam Zahid memang tak layak untuk dipertimbangkan langsung. 

dari wawancara yang dijalankan oleh Mingguan Era, tak dinafikan memang Zaid seolah olah cenderung untuk mempertahankan PAS dan menghentam umno/bn, tapi apa kurangnya Ibrahim Ali sebelum beliau diberikan peluang untuk bertanding atas tiket PAS ?

dan wa secara peribadi, memang takkan lupakan betapa individu yang bernama Zaid inilah yang menyaman Kerajaan Kelantan & Terengganu pada tahun 2002 apabila Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Syariah dan Negeri Terengganu ingin membentangkan Rang Undang Undang Hudud. Rujuk Rang undang-undang hudud, kerajaan negeri kena saman

soalnya, biar apa pon sebab dan alasan, permintaan Zaid untuk diberi laluan untuk Kota Bharu jangan sesekali dipertimbangkan .. biarlah dia bertanding atas tiket Parti KITA dan kita hadapi walau ia pertandingan beberapa penjuru .. PERIOD

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. Belajar dari sejarah..jgn pisang berbuah dua kali..

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top