Wa bukan nak cerita pasal isu panas dia ni ngan artis yang banyak dah diterbitkan kat sana sini ... malah blog pencacai pon ada yang bawak isu yang sama .. contoh Shafie Apdal Kunjung Rumah Zahida, Sape Menteri Yang Baru Nikah (2010). Kemudian ada plak isu Zahida Rafik Buat Plastik Surgery Ditanggung Sugardaddy. Kalo luorang berminat, boleh baca terus kat sana.
Update terbaru dari SinarHarian hari ni, mamat ni bermadah, Masalah Orang Asli Kelantan boleh diatasi jika BN berkuasa. Yang ni pon kalo luorang berminat nak baca lebih lanjut, boleh klik kat link tu.
Cuma apa yang wa nak debik, mamat ni sibuk pasal orang asli kat negeri Kelantan tu pejadah apa? Tahu ke dia duduk cerita yang sebenar ? JAKOA sendiri dah confirmkan yang Kerajaan Kelantan dalam proses mewartakan tanah yang didiami oleh Orang Asli , Rujuk - JAKOA selesai bincang dengan semua kerajaan negeri mengenai pemberimilikan tanah .. Sementara dalam Sinar Harian Edisi Kelantan ada mengatakan ..
”Mungkin ia tidak diketahui lagi oleh Orang Asli dan kita sentiasa mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk menyelesaikan perkara ini. Memorandum tersebut akan diserahkan kepada Menteri Besar sebaik sahaja ada peluang kerana beliau mempunyai urusan di luar, “katanya.
Bulan lalu, seorang daripada tiga individu orang asli di Kelantan menarik balik saman terhadap Kerajaan Negeri dalam isu pengambilan tanah Orang Asli serta memohon maaf kepada Nik Aziz. Saman ditarik balik setelah dikatakan salah faham dan mengaku semuanya berpunca daripada salah maklumat yang diberikan oleh orang luar yang sengaja mahu mengeruhkan keadaan.
Rujuk : Sinar Harian Edisi Kelantan 16 April, 2012
Laksana ayam jantan yang berkokok berderai, ekor bergelumang ngan taik, gitu le gambaran yang amat tepat bagi dia ni. Hu sana .. Hu sini .. tempat sendiri pon langsung tak terbela. Refer entri terdahulu. Then tengok artikel seterusnya :-
“MUNGKIN sudah ketulahan kerana doa orang yang teraniaya dimakbulkan Tuhan. Tidak ada angin, tidak ada rebut, tiba-tiba sebuah rumah PBR di Kampung Ayer Semporna tumbang menyembah bumi,” kata Ketua Penaja USNO Sulabayan, Abdul Karim Ahmad selepas melawat mangsa tragedi di kampung berkenaan.
Menurut Abdul Karim, memang ada yang tidak kena sejak Kampung Ayer terbakar, penyenaraian nama penerima dan pengawasan projek pembinaan rumah dibuat oleh kroni Menteri KKLW iaitu Adun Senallang, Datuk Nasir Tun Sakaran sedangkan Kampung Ayer terletak di DUN Bugaya.
“Kita sedar projek ini baik untuk rakyat terutama mangsa kebakaran di Kampung Air, namun kita kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan rumah berkenaan, sekalipun tidak layak, tetapi diluluskan Datuk Nasir,” ujar Abdul Karim lagi.
Tegas Abdul Karim, beliau kesal kerana Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sanggup menggadai nyawa 50 keluarga termiskin kerana projek kilat PBR yang dibina oleh RISDA tidaklah sekukuh mana kerana RISDA bukanlah Jabatan Teknikal dan tidak mempunyai pengalaman dalam industri pembinaan rumah.
Walaupun hanya sebuah rumah daripada 50 buah rumah yang dibina RISDA runtuh, namun menunjukkan indikasi ketara mutu pembinaannya rendah dan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan; malah tidak ada sesiapa dapat menjamin bahawa 49 buah rumah lagi selamat.
“Sudahlah mereka miskin tegar, kini terpaksa menggadai nyawa, sedangkan mereka menjadi mangsa politik pemimpin UMNO yang tidak bertimbang rasa dan tidak berhati perut,” ujar Abdul Karim yang membidas ketidak pekaan Shafie dan Nasir terhadap keselamatan penduduk yang terpaksa hidup dalam kecemasan.
Sehubungan itu, demi menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa, Abdul Karim mendesak agar Kerajaan Negeri Sabah mengarahkan penghuni mengosongkan 49 buah rumah PBR tersebut untuk diperiksa bagi memastikan semuanya selamat didiami.
Projek bernilai RM3.8 juta dikendalikan ADUN Senallang, Datuk Nasir Sakaran bernilai RM47,000 setiap satu tetapi dipercayai dilaksanakan secara sub-kontrak oleh kontraktor yang tidak berpengalaman dan bukannya dilaksanakan sepenuhnya oleh RISDA sehingga rumah yang didirikan di atas air tidak selamat.
“Kita menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) agar jangan terlalu lama tidur di Tawau dan jarang memantau projek pembangunan di Semporna, terutama yang dilaksanakan oleh kroni Menteri dan Adun,” kata Abdul Karim yang bosan dengan integriti SPRM kerana tidak pro-aktif terhadap aduan rakyat.
Menurut Abdul Karim, ketika insiden rumah roboh berlaku di Lorong 6, Kampung Ayer pada jam 11.30 malam, 11 April lalu, tidak ada bencana alam kerana tiada tiupan angin kencang, tiada sebarang gegaran gempa dan air laut hanya sedalam enam inci.
“Bagaimana rumah yang belum sampai setahun dibina boleh roboh tiba-tiba? Ini kena tanya Datuk Shafie, Datuk Nasir, Pelaksana dan Penyelia Projek. Keluarga yang mendapat rumah ini hidup dalam keadaan trauma setelah jatuh dan cedera,” kata Abdul Karim yang kesal kerana mereka terpaksa bermalam di atas jambatan setelah rumah mereka roboh.
Abdul Karim turut mendesak SPRM menjalankan penyiasatan rapi kerana pihaknya telah mengenalpasti, Pembantu Rumah Datuk Nasir, Idah Binti Musahari turut mendapat rumah PBR berkenaan sedangkan rumah beliau tidak terbakar dalam kejadian yang memusnahkan 38 buah rumah.
“Pembantu rumah ini sering dibawa ke luar negeri, terutama ke Australia,” kata Abdul Karim yang meminta penjelasan daripada Datuk Nasir kenapa meluluskan rumah PBR kepada pembantunya sedangkan beliau sudah mempunyai rumah.
Selain daripada pembantu rumahnya, Haji Nasir turut meluluskan rumah PBR kepada Boljohn Haji Danial dan beberapa orang PATI sedangkan rumah mereka tidak terbakar; sebaliknya kata Abdul Karim, Haji Nasir tidak meluluskan rumah PBR kepada ramai mangsa kebakaran, antaranya Haji Hassan Barani dan Yahya Haji Jun.
==================
Apa macam ? Orang Sabah kasi pecah laa dominasi BN kat sana, Kasi jatuh orang ni biar sampai takde kerusi .. baru la selalu ada dekat Semporna .. jangan kasi dia terus main wayang cerita opera sabun .. kah kah kah kah
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah