Thursday, June 7, 2012

TAGGED UNDER: ,

Isu Video Bersih 3.0 KDN - Mengesahkan Keraguan Pada Panel Penyiasatan Oleh Hanif



Tugas utama Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri adalah untuk memberi sokongan padu kepada penyiasatan Suhakan terhadap Bersih 3.0 dan membubarkan panel penyiasatan Hanif

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah membuat pengumuman bahawa satu kompilasi video perhimpunan Bersih 3.0 akan dinaik muat kedalam laman sesawang Kementerian Dalam Negeri untuk tontonan umum untuk memberikan peluang kepada orang ramai untuk melihat apa yang telah terjadi semasa perhimpunan itu.

Katanya: “Dengan rakaman video ini, orang awam boleh membuat keputusan mereka berdasarkan fakta dan bukanlah menggunakan pertimbangan yang lain.”

Ini merupakan satu perkembangan yang sememangnya buruk selepas Bersih 3.0 dengan kempen fitnah dan tohmahan yang telah dilancarkan oleh Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat selepas 28 April, seperti dokumentari 30 minit yang bertajuk “Bersih 3.0 Itu Kotor” yang telah disiarkan dalam saluran TV1 pada Ahad, 13 Mei yang telah menimbulkan kemarahan ratusan ribu rakyat Malaysia yang telah berhimpun secara aman di Kuala Lumpur sebagai menyahut seruan Bersih 3.0 untuk proses pilihanraya yang bersih.

Tugas utama Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri bukanlah entiti yang patut dituduh mahupun yang patut menghakimi, tetapi yang seharusnya memberi sokongan padu kepada penyiasatan yang saksama dan kredibel berhubung dengan apa yang benar-benar telah berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan untuk menangani apa yang telah berlaku yang telah mencemari peristiwa bersejarah ini yang memperlihatkan keberdayaan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan, kelas, umur dan jantina dalam satu pergerakan nasional yang diselubung insiden-insiden keganasan merentas kakitangan polis, wakil media dan peserta perhimpunan yang telah menjadi mangsa serangan pada hari itu.

Apa yang patut Hishammuddin lakukan adalah untuk memberi sokongan padu kepada penyiasatan Suhakan terhadap Bersih 3.0 dan membubarkan panel penyiasatan Hanif sekarang kerana dua daripada enam ahli panel tersebut iaitu, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah telah menarik diri daripada keahlian panel itu daripada melancarkan ‘perang video’ untuk menyokong video versi kerajaan dan teori konspirasi mengenai apa yang telah berlaku pada 28 April.

Kehendak Hishammuddin untuk menaik muat kompilasi video berhubung dengan apa yang telah berlaku pada 28 April hanya mengesahkan keraguan objektif sebenar panel penyiasatan Hanif iaitu untuk mengeluarkan keputusan yang boleh dipadankan dengan skrip kerajaan terutamanya apabila Hanif sendiri satu contoh bukti yang menyokong dakwaan yang melulu dan tidak munasabah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Saya bersetuju penuh dengan Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah yang telah berkata tindakan Hishammuddin dalam menaik muat kompilasi video Bersih 3.0 adalah bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk menubuhkan panel Hanif kerana ia akan dilihat sebagai tekanan untuk mempengaruhi proses penyiasatan dan penemuan penyiasatan tersebut.

Dua hari yang lepas, Hanif telah berkata panelnya telah ditunjukkan lebih daripada 43 minit rakaman video perhimpunan 28 April daripada 73 jam klip video yang sedia ada.

Jika Hishammuddin bersedia untuk membenarkan orang awam membuat keputusan sendiri mengenai apa yang telah benar-benar berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0, adakah beliau bersedia untuk menaik muat kesemua 73 jam klip video Bersih 3.0?

Bagaimana Hishammuddin boleh memberi keyakinan kepada orang awam akan tugasnya sebagai Menteri Dalam Negeri yang adil dan apabila beliau sendiri belum bersedia untuk memberi sokongan dan komitmen terhadap penyiasatan yang saksama dan kredibel seperti penyiasatan Suhakam daripada penyiasatan Hanif?

Sebagai langkah permulaan, adakah Hishammuddin bersedia untuk mengundur diri daripada kempen fitnah dan tohmahan yang telah dilancarkan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 dan memberi laluan kepada penyiasatan yang neutral, saksa dan kredibel oleh pihak Suhakam untuk menjalankan tugasnya?

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan, Kuala Lumpur pada hari Rabu, 6hb Jun 2012 pada jam 12 tengahari

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top