Tuesday, August 14, 2012

TAGGED UNDER: ,

Beberapa Pemimpin Tempatan Di Sabah Akan Menyertai PAS ??




Kota Kinabalu : Beberapa lagi pemimpin politik tempatan akan menyertai Parti Islam Se-Malaysia PAS, menurut Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.

Ketika mendedahkan perkara ini kelmarin beliau berkata, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka bakal mengumumkan nama nama pemimpin berkenaan semasa perhimpunan di peringkat negeri yang bakal dianjurkan oleh PAS Sabah bulan depan.

"Sebuah perhimpunan khas yang dinamakan Himpunan Hijau Ke Putrajaya akan diadakan pada 1 September dan bakal dihadiri oleh pemimpin pemimpin PAS diperingkat nasional termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Hj Mohammad Sabu, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat."

"Juga dijangka kehadiran Tuan Guru Nik Aziz (InsyaAllah) yang akan membuat pengumuman berkenaan beberapa pemimpin di Sabah yang ingin menyertai PAS," ujar beliau kepada wartawan ketika sidang akhbar untuk pengumuman perhimpunan kelmarin.

Lahirul menganggarkan sekurang-kurangnya sekitar 5,000 orang pemimpin, ahli dan penyokong bakal menghadiri perhimpunan ini dimana didalam masa yang sama parti juga akan menganjurkan rumah terbuka Hari Raya.

Sebuah program khas, Ekpresi Hijau Anak Muda, juga akan diadakan oleh pergerakan pemuda secara serentak sebagai platform untuk satu rapat mesra serta mendekatkan para pemimpin pemimpin PAS dengan kumpulan anak muda di Sabah.

"Perhimpunan ini juga bermatlamat untuk meraikan semangat kemerdekaan dalam menghayati dan menghargai usia 49 tahun kemerdekaan negeri Sabah."

"Pemimpin Pemuda PAS akan berada di sana untuk berjumpa dan bermesra dengan tetamu, terutamanya para penyokong muda. Ini termasuk Ketua Pemuda PAS - Nasruddin Hassan, Timbalan Ketua - Nik Abduh Nik Aziz, Naib Ketua - Dr Raja Ahmad Al Hiss.

Beliau berkata lokasi dan waktu perhimpunan akan ditentukan dan diumumkan kemudian.

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top