Friday, June 15, 2012

TAGGED UNDER: ,

Benarkah Kegiatan Bomoh Memang Wujud Dalam Politik Ameno - BN?

Bomoh Petai
Malaysia pernah dikejutkan dengan perlakuan sadis trio pengamal perbomohan yang menggegarkan arena politik tempatan khususnya kerana melibatkan seorang ahli yang berhormat dari daerah Raub, Pahang. 

Trio yang dimaksudkan ialah Mona Fandey, suaminya Mohd Nor Affandy, dan pembantunya Juraimi Hassan yang telah didapati bersalah kerana membunuh seorang pemimpin ameno, Dato' Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam.

Menurut fakta kes, tujuan utama Dato' Mazlan berjumpa dengan trio bomoh tersebut adalah untuk meminta bantuan bagi memastikan kedudukannya sebagai ahli politik dan ADUN terus berkembang maju dan cemerlang.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1993 dan bagi yang kurang jelas, luorang boleh baca lebih lanjut dari sumber

Soalnya, kenapa wa timbulkan isu ni ? 

Hari ini dalam dewan parlimen, timbul kembali pertikaian berkenaan penggunaan bomoh dalam perbahasan antara ahli dewan. Mungkin secara tak disengajakan, Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) telah mengeluarkan kenyataan sindiran kepada MP yang secara tak langsung mengesahkan penglibatan bomoh dalam politik BN ini telah lama berakar umbi. 

Lihat kenyataan beliau yang wa highlight ngan kaler biru. 

================================

Gelagat beberapa anggota Parlimen yang saling bertingkah pendapat soal siapa paling banyak menggunakan khidmat bomoh, antara kaum wanita dan lelaki, menggamatkan suasana persidangan Dewan Rakyat semalam.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menarik perhatian anggota persidangan apabila mendakwa kaum wanita lebih cenderung menggunakan khidmat bomoh sehingga ada yang terpedaya kerana terlalu mempercayai 'doktor moden' itu.
 
"Dari pengamatan saya kaum ibu yang paling suka jumpa bomoh untuk macam-macam sebab, asal ada yang musykil sahaja pergi jumpa bomoh... ini benar-benar berlaku," katanya ketika mencelah ucapan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2012.

Dakwaan Bung menarik perhatian Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) yang bangkit menyangkal kenyataan itu kerana menyifatkannya tidak berasas.
 
"Saya tidak berapa setuju dengan kenyataan Yang Berhormat pasal wanita teramai guna bomoh...Yang Berhormat ada buat kajian kah?

"Saya rasa sekarang sementara menunggu perdana menteri umum tarikh pilihan raya, paling ramai kaum lelaki yang jumpa bomoh," sindirnya yang mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir.
 
Cuba mempertahan pandangannya, Bung Moktar berkata dakwaan itu berdasarkan banyaknya laporan media yang mengaitkan kaum wanita dengan kegiatan bomoh.
 
"Kalau Yang Berhormat tak percaya boleh langgan Harian Metro yang banyak selongkar masalah ini... itu yang saya buat sebagai rujukan," katanya yang sekali lagi menggamatkan suasana dewan.
 
Perselisihan pendapat antara kedua-dua anggota Parlimen itu diredakan Idris yang mengakui tidak boleh berpihak kepada mana-mana rakannya, tetapi sempat mengusik Bung Moktar.

"Yang Berhormat Kinabatangan pernah kena bomoh ke? Tetapi rasanya tak pernah sebab itu yang berhormat sentiasa berdiri tegak menyatakan pendapat di sini," katanya.

Bagaimanapun kesemua anggota Parlimen itu sependapat bahawa kerajaan perlu mewujudkan undang-undang yang lebih ketat bagi mengawal aktiviti dan perkhidmatan bomoh untuk membendung aktiviti bomoh penipu.

Anggota Parlimen itu turut meminta kerajaan memantau percambahan pusat-pusat kecantikan yang semakin banyak menawarkan perkhidmatan kesihatan, termasuk pembedahan kecantikan sejak kebelakangan ini.
 
- Bernama

Sumber : Malaysiakini
===============================

Walaupun isu yang disentuh oleh MP Kinabatangan adalah berbentuk umum, tapi minah dari Johor tersebut melenting macam disergah pontianak harum sundal tengahari sambil terus mengaitkan dengan tarikh pilihanraya yang belum diumumkan menyebabkan ramai yang telah mengunjungi kunjungan hormat kepada bomoh - mungkin untuk memastikan nama nama mereka tercalon.

Kenyataan Idris Haron plak bagaikan mengiakan, seolah olah MP yang tidak berani bersuara dalam dewan adalah mereka mereka yang sudah terkena mandrem ..

Nota : Banyak lagi isu penting yang perlu dibicarakan dalam dewan, namun isu ini juga yang dibenarkan oleh Yang Dipertua, sedangkan isu isu yang lebih menjurus kepada keselamatan negara dan isu Syria ditolak mentah mentah.. Aduhai Parlimen negara ku yang terchenta.

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. Bhai...

    Hahaha... UMNO dan BOMOH mana boleh dipisahkan.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top