Sunday, June 10, 2012

TAGGED UNDER: ,

Raja Nong Chik - Takkan Nak Gebang Sampai Tahap Tu Kot ??

Belum pernah ada dalam sejarah negara atau dunia, sebuah projek dibuat dahulu dan kontraknya hanya dimeterai setelah projek itu siap.. belum ada. Ini bukan projek buat keropok lekor, bukan projek buat ikan masin, bukan kiriman barang yang boleh didulukan duit dan bayar kemudian, ini projek yang bernilai RM30juta.

Sebagai ahli perniagaan yang rasional dan genuine, setiap projek yang ingin di bida mesti diteliti dulu kontraknya, apakah mendatangkan keuntungan atau sebaliknya. Ketika itulah keputusan akan dibuat samada meneruskan bidaan ataupun memilih untuk menarik diri dari meneruskan bidaan.

Jadi, bila projek dibikin dahulu sehingga siap, kemudian baru kontrak dimeterai, samada ini adalah perkara yang terganjil dalam sejarah perniagaan ataupun memang ada yang tak kena dalam pengurusan tender dari pihak berkenaan.. bak kata orang inuit kat perbatasan alaska "something fishy is going on" kah kah kah kah 

Ini belum lagi dikira syarikat yang menguruskan projek tersebut didaftarkan atas nama anak pemimpin yang ketika itu berusia 7 tahun, bersetuju untuk menguruskan projek RM30 juta ketika berusia 20 tahun dan meterai kontrak pada umur 24 tahun. isk isk isk .. pandai betul anak anak menteri berniaga eh .. 

Rujuk : Era Pasca

=================================



Raja Nong Chik: Tiada konflik kepentingan dalam 'projek RM30j'
Abdul Rahim Sabri
11:37AM Jun 9 2012
Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan tiada konflik kepentingan dalam isu kontrak kerajaan yang diperolehi satu syarikat didakwa milik anak perempuannya.

Tanpa mengesahkan atau menafikan kontrak didakwa bernilai RM30 juta itu, Raja Nong Chik berkata projek itu berlangsung pada 2006 lagi - sewaktu beliau masih belum menjadi menteri.

"Saya tak payahlah (cakap tentang perkara itu). Pasal semua projek itu (berlaku) pada 2006. Masa itu, saya ahli perniagaan selama 25 tahun. Takkan tak boleh berniaga pada waktu itu?

"Hanya kontrak itu dimeterai pada 2010, pasal bangunan siap pada waktu itu. Itu sahaja. Kalau tidak, tutup semua perniagaan yang keluarga saya berniaga. Saya rasa tak sesuai kan? Tetapi tidak ada konflik kepentingan," katanya.  

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan di beberapa kawasan sekitar Brickfields petang semalam.

Raja Nong Chik mengulas dakwaan yang ditimbulkan pembangkang bahawa syarikat Istijuara Sdn Bhd, didakwa milik anak perempuannya, menerima kontrak daripada Kementerian Belia dan Sukan berjumlah RM30 juta.

Dakwaan tersebut ditimbulkan oleh laman Keadilandaily.com yang melaporkan mengenai projek "melengkap, memasang dan atau menguji kelengkapan latihan industri" itu. 

Laman tersebut melaporkan perkara itu berdasarkan satu surat penerimaan tender bertarikh 24 Ogos 2010 untuk projek di di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar, Johor itu.

Sementara itu, satu sumber daripada pejabat menteri tersebut menjelaskan bahawa syarikat Istijuara mendapat tender projek itu pada tahun 2006, dan Raja Nong Chik mengambil alih syarikat berkenaan pada 2007 - sebelum beliau menjadi menteri. 

"Tawaran tandatangan tender itu pada tahun 2010, selepas bangunan itu siap," kata sumber yang diturut hadir dalam sidang media itu.

Sumber : MalaysiaKini

==============================

Nota :
  • Bukan pasal dia menteri ke dapat projek gini
  • Atas pertimbangan apa dikurniakan projek pada umur 20tahun??
  • Ini bukan pasal dia tak boleh berniaga tapi ada unsur ketidaktelusan
  • Macamana boleh buat dulu, permeteraian kontrak kemudian 
  • ishk ishk ishk .. gelembong sampai kantoi


About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

4 comments:

  1. Budak umur 20-an yang kurang pengalaman berniaga bolehke uruskan RM30juta tu Bang Nong Chik Ooii? Kan byk lagi orang2 yang lebih berpengalaman dan berkebolehan untuk uruskan projek RM30juta tu.

    Paperpun, Bersiap sedialah nak kena maki dgn rakyat kalau projek tu bermasalah teruk. Rakyat adalah hakim. Kahkahkahkahkah!!!!!

    ReplyDelete
  2. Malaysia di bawah BN memang juara inovasi.Fenomena buat projek dan dapat duit dulu baru sain kontrak hanya ada di Malaysia sahaja. Ternak lembu dalam kondo pun Malaysia buat jugak. Solat Hajat selepas Asar pun, projek buatan Malaysia jugak. Ajak mat Bangla berdemo sokong kerajaan pun buatan Malaysia jugak. Adaa lagii, stadium runtuh pun mercu tanda terhebat Malaysia, boleh jadi produk pelancongan. Wahahahaha!!!!

    ReplyDelete
  3. kah kah kah kah ... inovasi bertambah transformasi

    ReplyDelete
  4. Kahkahkakahkahkah :D

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top