Saturday, June 16, 2012

TAGGED UNDER: ,

Makin Punah Ranah Bahasa Ibundaku .. Wuuhaiiii

Jualan Larang Masuk

Bahasa menunjukkan bangsa. Bukan bertujuan untuk berpolemik kerana tak perlu mengeluarkan kata yang bersayap sayap untuk membuktikan betapa rendahnya mutu Bahasa Melayu/Malaysia sekarang ini. Bahasa yang menjadi kebanggaan dan termaktub sebagai bahasa rasmi negara kian teruk diperkotak katikkan. 


Mungkin kita perlu berlapang dada jika terdapat satu dua kes kesalahan ejaan, namun penggunaan tatabahasa dan bahasa rojak pada papantanda/iklan atau apa apa medium untuk tatapan orang ramai adalah sesuatu yang malang dan tidak keterlaluan jika dikatakan berlaku penindasan kepada bahasa itu sendiri.


Double Riang & Burgembira

Metro : Angin Kencing - Editor tidur ke ?

Mamak : Mutabak Corners Nasi Kandar Corners

Cuti Stady

Ubat Sakit Berut
Foto bawah ni adalah yang paling cemerlang sebab datangnya dari sebuah parti melayu yang penuh dengan agenda kemelayuan sehingga berkokok lah ia sekiranya apa apa perkara berkaitan dengan melayu disinggung oleh pihak lain. Tapi malangnya mereka sendiri gagal dengan bergayanya ... kah kah kah kah


Ahlan Wa Sahlam ?? Ramadahan ? kah kah kah kah kah

Nota: Banyak lagi kes yang sebegini berlaku di mana mana. Nak salahkan siapa ?

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

4 comments:

  1. Media elektronik wajib dipantau penggunaan bahasa Melayu nya. Mula kan dengan pengacara-pengacara. Jangan terkeluar sebutan seperti 'kita orang, dia orang, pergi dekat , we all....

    ReplyDelete
  2. Saya kira istilah kitaorang, kitorang, diaorang, dorang dan lain-lain lagi tidak salah digunakan sebab kata itu bersifat keMelayuan berbanding "we all", "you guys" dan lain-lain lagi.

    ReplyDelete
  3. Saya kira istilah kitaorang, kitorang, diaorang, dorang dan lain-lain lagi tidak salah digunakan sebab kata itu bersifat keMelayuan berbanding "we all", "you guys" dan lain-lain lagi.

    ReplyDelete
  4. Setuju, kitaorang, diaorang, dorang, kitorang, kita orang, dia orang, itu perkataan asli bahasa Melayu..😂... Perkataan "komentar", "motorcycle", "I", "you" itu tak ada pulak nak sibuk.. 😂😂

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top