Wednesday, June 13, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Diragut, Diheret Tapi Cuma Dilihat

AKIBAT RAGUT: Mangsa menunjukkan luka di sikunya dalam kejadian tersebut.


Wanita diragut, tapi lebih 20 orang awam sekadar menjadi penonton


SIBU: Lebih 20 orang awam sekadar menjadi penonton ketika seorang wanita berpaut pada beg tangannya sambil diheret peragut, pagi Selasa lalu.

Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa berketurunan Cina merupakan seorang ibu berumur dalam lingkungan lewat 40-an baharu sahaja keluar dari keretanya untuk ke sebuah poliklinik di Jalan Oya di sini.

Menurut saksi wanita yang baharu keluar dari poliklinik tersebut, mangsa didatangi oleh seorang lelaki yang cuba merampas beg tangannya, namun mangsa bertindak memeluk erat beg tangannya pada dadanya.

“Saya hairan kerana orang ramai yang berada di kedai kopi berdekatan tidak seorang pun mahu membantu mangsa yang sedang bertarung nyawa dengan dua peragut di situ,” kata saksi yang enggan dikenali.

Wanita terbabit yang kurang jelas pendengaran selepas telinganya dirawat di poliklinik pagi tersebut, pada awalnya memikirkan ada orang sedang bergaduh di kawasan berkenaan.

Mangsa mungkin ada menjerit meminta tolong tetapi tiada seorang pun orang awam tampil membantunya, katanya.

Menurutnya lagi, seorang lagi rakan suspek yang menunggu di atas motosikalnya dekat situ turut menuju ke arah mangsa kelihatan seolaholah mahu memukul mangsa dengan topi keledarnya.

Mungkin kerana takut dicederakan, mangsa terpaksa melepaskan begnya kepada dua peragut tersebut yang terus memecut lari dari situ.

Mangsa bukan sahaja menanggung kerugian wang tunai, kad ATM dan beberapa dokumen peribadi penting, namun juga mengalami kecederaan di bahagian tangan, siku dada, lutut dan kakinya akibat diheret sejauh 20 kaki di jalan di pusat komersil di situ.

Hanya telefon bimbit mangsa yang terjatuh dari beg tangannya semasa pergelutan itu dijumpai semula oleh mangsa.

Saksi berkata, dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana sedang mendukung anak kecilnya.

Mangsa kemudiannya ditemani oleh saksi pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai insiden tersebut.


Sumber 

Nota: Weyh.. Bila dikatakan negara ini aman dari jenayah, wa susah nak tune kan pemikiran untuk bersangka baik. Sebabnya setiap hari bila baca dari mana mana media, pasti ada je cerita jenayah disana sini. Bunuh, rogol, rompak, culik, dera, samun, belasah berkumpulan dan perbagai kegiatan jenayah yang lain, semua dah jadi macam makanan hari hari. 

Apakah definasi aman dalam kamus KDN??

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

3 comments:

  1. kemungkinan org ramai kt kedai yg jd penonton aje tu adalah penyokong2 umno atau perkasa...

    mereka tu buat kerja mesti ada upah...kurang2 pun tulang.

    kalau yg tonton tu dari Unit Amal PAS sudah tentu mereka akan tolong.

    ReplyDelete
  2. Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut......
    jaka kamu ni berfantasi ke?PAS xamik upah yer...hahahaa...memang kamu ni xkenal apa itu manusia........bangang dan jahil.....

    ReplyDelete
  3. ya aku kenal manusia mcm kau yg mulut celupar maki hamun.... jgnlah kerana kau dh lama dlm jamban umno maka kau ingat semua manusia mcm kau...

    masih ramai manusia2 baik kerana Allah sentiasa memelihara agama dan org2 Nya sentiasa ada menghuni bumi ini.

    keluarlah dari jamban umno..sebb dh lama maka kau tentu rasa busuk itulah yg paling wangi.

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top