Tuesday, June 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Debat Sinar 2nd Round: Saifuddin Vs Salahuddin


Inilah yang ditunggu tunggu. Sebuah wacana yang sihat dalam memberikan hujah dan pendapat masing masing. Debat bukanlah perkara asing di mana mana negara maju, malah sentiasa diadakan untuk pendengar menilai samada sesuatu isu itu berbentuk konstruktif atau tidak. 

Debat yang sihat bukanlah pentas untuk menunjukkan siapa lebih jaguh, siapa lebih vokal dan siapa lebih ramai penyokong. Ianya lebih terarah sebagai sebuah medan perkongsian idea untuk menjurus kepada penyelesaian sesuatu isu dengan lebih baik dan diterimapakai.

Malangnya di negara kita, debat dah jadi macam jargon yang amat meresahkan pemimpin pemimpin dari kem ameno. Sampai satu ketika, pernah ameno fabricate satu debat olok olok untuk menghadapi PAS tapi nak dijadikan cerita, dalam debat yang dibuat oleh puak mereka sendiri tu pon ameno kalah .. kah kah kah ..  last last haramjadah.. hapa pon tak bleyh.

Sebab tu wa salute ngan Khairy Jamaluddin bila dia berani untuk berdepan dengan Ambiga & Rafizi. Beliau merupakan sosok yang jarang jarang ada dalam parti saka bangsa tu. Begitu juga dengan Shabery Chik yang berani untuk berdepan dengan DSAI dalam isu petrol tak lama dulu. Walaupun sampai berbuih mulut beliau untuk membalas hujah tapi takpe.. janji beliau berani bersemuka dikala orang lain semua nyuruk balik kain bini memasing.

Kebanyakan yang lain hanya tahu berkokok dalam tv dan media kawalan tapi bila diajak berdepan, lari tercirit cirit.. kah kah kah kah

..........................................................

Agenda : Debat Antara Saifuddin Abdullah & Salahuddin Ayob
Status : Ahli Majlis Tertinggi Umno & Naib Presiden PAS
Tajuk  : Belum Diputuskan
Tarikh : Dicadang pada 19 Jun 2012
Tempat : Auditorium Kumpulan Media Karangkraf
Kemasukan : Secara jemputan untuk 350 kerusi
Moderator : Prof Datuk Mohamad Abu Bakar
(Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.)

Nota :
Biarpun berlainan pendapat dan berbeza parti, Dato' Saifuddin Abdullah adalah merupakan orang yang rasional dan berfikiran positif. Kematangan beliau dalam berdepan dengan sesuatu isu membuat wa secara peribadi 'salute' pada beliau.

Bila agaknya kita dapat saksikan debat antara Ahmad Maslan yang agak 'pandai' tu eh ? Kalo ada wa nak usulkan tajuknya seperti kenyataan 'pandir' beliau 'Perjuangan Umno bukan asabiyah' .. nama pertubuhan pon dah melambangkan assobiyah Mat Maslan oiiihhh.. kah kah kah kah

Err.. Debat DS Najib ngan DSAI plak .. bak kata Bujang Lapok.. Langsung tak ada bunyi .. huhuhu
 .

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top