Monday, June 11, 2012

TAGGED UNDER:

Pergilah, Asal Bukan di Sini

Ramai yang terduduk keharuan semasa mendengar keputusan Mahkamah di Mesir hari ini – Al-Jazeera  

Zine El Abidine Ben Ali pergi.

Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi juga pergi, tidak kembali.

Nicolas Sarkozy juga sudah meninggalkan kerusi.

Dan hari ini…

Hosni Mubarak dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Mesir, kurang sedikit daripada hukuman yang dijangka, hukuman MATI.

Di suatu ketika tempoh hari, mereka sungguh angkuh di tampuk kuasa. Mereka tidak peduli tangisan marhaen. Mereka persenda kesusahan rakyat yang memilih mereka, andai masih boleh disebut ‘memilih’.



Benarlah pesanan Hasan al-Banna di suatu hari yang telah pergi:

“Wahai saudaraku, janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya putus asa itu bukan akhlaq orang-orang yang beriman. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalammu dan impianmu hari ini bakal menjadi realiti esokmu. Ruang masa itu masih luas terbentang dan anasir-anasir Islam masih kukuh dan agung di dalam jiwa umatmu biar seganas mana pun ribut kerosakan yang melanda. Yang lemah tidak akan terus lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat tidak akan kuat selama-lamanya!” – petikan buku Jalan Menuju Hati oleh Abbas al-Sisi


Pergilah.

Pergilah para pemimpin zalim yang angkuh itu ke penjara, ke pinggiran, ke liang lahad, ke mana sahaja asal bukan di tampuk kuasa.

Buat para zalimin yang masih angkuh mendabik dada, dengarlah amaran Allah kepada manusia, baik kamu mahu pun kami:



Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]

Setiap hari yang terisi dengan penindasan, setiap hari yang sama juga, umat mengisi tekad kebangkitan. Allahuakbar.

Sumber : Saiful Islam


The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top