Kerajaan BN Perak bertahan cuma enam bulan?
30 minutes ago
Wa sekadar menulis apa yang wa rasa. Mungkin apa yang wa titipkan tak kena ngan selera luorang yang membaca, tapi tu semua tak masuk dalam wa punya kira kira, kalo luorang tak suka apa yang boleh wa kata.. takkan nak paksa..apa ke benda.. huhu. Mendebik bila perlu, menulis bila ada waktu.. wa bukan idealis, cuma suka bersikap realis.
![]() |
| Barisan kepimpinan PKMM & API |
5 comments , Luorang taknak komen ke ? :
Inilah salah satu kisah perjuangan demi kemerdekaan negara yang diperjuangkan oleh golongan kiri di negara kita. Mereka berjuang dengan penuh pengorbanan dan kesusahan demi kemerdekaan negara kita. kerana itulah British menggeletar ketakutan dan terpaksa mempercepatkan kemerdekaan negara kita agar tidak dihalau secara hina sepertimana Belanda di Indonesia.
Tabik hormat kepada Ahmad Boestamam, pejuang kemerdekaan yang cekal, Presiden pertama Parti Rakyat Malaysia (PRM),dan seorang sasterawan yang hebat. Aku pernah baca buku Memoir Ahmad Boestamam (kompilasi tiga buah bukunya termasuk buku Merintis Jalan ke Punchak)terbitan UKM. Memang lepas aku baca buku tu, terus aku beli nasi lauk tempe sebab nak rasa bersama sedikit pengorbanan pejuang terdahulu. Sambil aku makan sambil aku nyanyi lagu Darah Rakyat dalam hati. Pagi ini saja, aku sarapan makan ubi kayu rebus cicah sambal tumis sambil mengenang perjuangan pejuang-pejuang kita dalam PKMM dan API.
Darah rakyat masih berjalan,
Menderita sakit dan miskin,
Akan datangnya pembalasan,
Rakyat yang menjadi hakim,
Rakyat yang menjadi hakim,
Ayuh ayuh bergerak sekarang,
Kemerdekaan telah datang,
Merah warna panji kita,
Merah warna darah rakyat,
Merah warna darah rakyat!
P/S: Isteri Ahmad Boestamam, Rabitah Wajib dah pakai tutup kepala, isteri Rashid Maidin, Selamah Abdullah (Cina masuk Islam) dah pakai tudung, isteri Abdullah C.D, Suriani (Cina masuk Islam) dah pakai tudung. Mereka pakai tudung dan jaga sembahyang. Rosmah dengan Siti Hasmah bila lagi??? :p
@Militia Buruh weyh .. shilakak .. berdiri meremang remang bulu roma wa baca komen lu .. haiyaaa ... yeah .. tabik spring
err.. mungkin dowang tak jumpa ayat suruh tutup kepala dalam Al Quran ..
Rilek jangan meremang sangat. Baca buku memoir Ahmad Boestamam, memang rasa semangat kekirian lepas baca buku tu. Especially bahagian merintis Jalan ke Punchak. Harus jadi buku teks atau buku KOMSAS lepas BN tumbang. Buku tu memang berkesan dan harus dibaca oleh anak muda dan para pelajar.
Tang Rosmah dan hasmah, mungkin diorang tak jumpa ayat suruh tutup kepala dalam Al-Quran macam Tun Haniff Omar tak jumpa ayat larangan berjudi dalam Al-Quran kot.pppprfft.
buku yang last wa baca pasal politik kiri ni memoir shamsiah fakeh ..huhu .. sadis
Perjuangan yang bertunjangkan kebajikan marhaen sering dianggap kiri oleh elitis politik melayu pemerintah(sebenarnya elitis ni geng melayu tak sedar diri asal usul dari kampung). Biarlah kita punyai fahaman kiri yang cenderong untuk kebajikan semua dari cenderung menjaga kepentingan dua tiga kerat elitis yang kerjanya nak menekan dan menyusahkan rakyat!
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah