Sudah tiba masanya untuk kita buat lonjakan paradigma, bukan anjak anjak lagi. Kita dah 12 tahun melepasi tarikh milenium. Ini bukan lagi zaman untuk angguk angguk geleng geleng. Bukan ketika kita hanya mendapatkan saluran maklumat dari akhbar akhbar arus perdana.
Sekarang kita dah pon memiliki aliran internet sehingga kedalam bilik tidur, even dalam jamban pon boleh kalo nak tengok informasi. Bukan style 90 an yang kena pakai statik modem.
Bawak bawak le rajin untuk mencari info. Baca dan faham, kemudian sebarkan.
Sudah tiba masanya untuk kita fahamkan orang ramai beza antara kerajaan dan parti memerintah.
Sudah tiba masanya kita bagitau makcik pakcik kat kampung yang duit kerajaan tu bukan duit mak bapak orang ameno
Sudah sampai ketikanya, BN tak boleh buat sesuka hati pada jentera kerajaan untuk kesenangan dan kemudahan parti mereka
Contoh yang terbaru, bila Rais kata peraturan dan syarat untuk RTM mengeluarkan manifesto hanya selepas PRU diumumkan.
Ini contoh demokrasi tahap sampah.
Bila PRU13 diumumkan, patut lah kita sedar bahawa Rais bukan lagi menteri yang bertanggungjawab pada RTM dan media media lain.
Bila PRU13 diumumkan, secara automatik Najib dan semua menteri yang lain sudah tiada portfolio sebagai kerajaan memerintah. Mereka juga mempunyai peluang samarata dengan ahli politik dari kem lawan. Jadi RTM tidak wajar untuk mewar warkan kunjungan mereka melawat kawasan sebagai PM, TPM atau sebagainya. TV3suku tu cerita lain, sebab diowang bukan milik kerajaan.
RTM bukan milik BN, ianya adalah lidah kerajaan. Bila kerajaan sudah bubar sepatutnya BN tiada lagi hubungkait dengan RTM sehinggalah kabinet baru diumumkan oleh parti yang menang pilihanraya.
Begitu juga semua jentera, pekerja, alat kerajaan yang lain termasuk agensi agensi dibawah KDN. Kementerian itu sudah dikosongkan sebab jemaah menterinya sudah dibubarkan. Mereka perlu diisyhtiharkan menang baru berpeluang dilantik semula. Sementara itu, kerajaan sepatutnya dikawal oleh badan bebas dan berkecuali (kerajaan sementara). Ini prinsip asas demokrasi.
Rais suruh Anwar lawan cara gentleman .. tapi cukup gentleman kah beliau untuk hanya mengumumkan syarat dan peraturan untuk siaran manifesto hanya boleh diumumkan setelah kabinet bubar? Apakah kuasa beliau ketika itu ? Gentelman ?? kah kah kah kah kah
Nota: teringat dialog 3 Abdul ..
"Haah, itu baru demokrasi.. Demokrasi apa???.. Demokrasi terpimpin....Terpimpin kepala hotak kau~!"
kah kah kah kah kah
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah