Friday, January 28, 2011

TAGGED UNDER:

BN Kempen Gentle - Tak Perlu Serang Peribadi .

LABIS: Taktik kotor pembangkang yang membuat pendedahan berbentuk serangan peribadi dan fitnah, langsung tidak dihiraukan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, sebaliknya menguatkan semangat untuk terus berkempen dan berjumpa dengan seramai mungkin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Kami teruskan kerja dan berkempen dengan sebaiknya tanpa terikut-ikut dengan pembangkang yang membuat serangan peribadi.

Mohd Azahar yang mesra dipanggil Tok Ai berkata, walaupun tahu calon Pas, Normala Sudirman, 38, bukan anak tempatan serta pengundi luar, jentera BN tidak akan menggunakan serangan peribadi untuk meraih undi sebaliknya berkempen dan mendekati masyarakat secara budiman.

Sunber : HarianMetro 

==================

Begitu lah suci dan luhurnya pengakuan yang dibuat oleh Tok Ai untuk dijadikan pedoman oleh pengundi pengundi di Tenang padah hari ahad ni. Memang benar .. banyak tohmahan dan fitnah yang telah direka untuk mengelirukan dan mempengaruhi pengundi pengundi di sini yang telah direka oleh pihak Pakatan seperti

  • PM naik helikopter semasa buat lawatan dan pelancaran program di Felda Chempelak
  • PM terlupa nak ziarah arwah ketua cawangan yang meninggal pada hari kedatangannya
  • Al Malikul Sembab telah bersekongkol ngan MCA dalam menempelak PAS
  • Najib Takut berdebat .. sebab prihatin ngan tahap kesihatan Anwar
  • Ahmad Maslan taknak debat tapi nak bincang 2 hari 2 malam 
  • Ketua MCA & Ketua Wanita Gerakan persoalkan sarung tangan Cikgu Mala
  • Dan uih .. banyak lagi fitnah .. kah kah kah 


Pengundi diingatkan untuk lebih fokus kepada agenda yang ingin dibawa oleh BN seperti yang sudah diketahui ramai . Tidak ada satu pun fitnah yang keluar dari pihak BN . Antara isi kempen yang kesemuanya lebih berbentuk kepada perancangan masa depan penduduk penduduk di Dun Tenang yang dibawa oleh BN ialah :-
  • Cikgu Mala bukanlah orang tempatan 
  • Cikgu Mala tak disukai oleh rakan dan taulan 
  • Cikgu Mala menyalahi etika kemesraan dengan menggunakan sarung tangan ketika bersalaman 
  • Cikgu Mala tidak popular
  • Cikgu Mala lupa daratan kerana pernah makan gaji ngan kerajaan 
  • Cikgu Mala bertanya kepada seorang peniaga "kenapa jual arak"
  • Cikgu Mala ada harta bernila RM1 juta
  • Cikgu Mala guru haprak
  • Cikgu Mala menghina KFC 
  • dan yang terbaru  - Suami Cikgu Mala berpura pura sakit 

Cuba renungkan .. tidak ada satu pun yang berbentuk serangan peribadi . Kesemuanya berbentuk hasrat kerajaan untuk masa depan rakyat yang gemilang

kah kah kah kah kah kah.

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

4 comments:

  1. bro. di mata dia org semuanya ok je bro. nak siasat cikgu maarop bukan kerana dia penyokong pas konon.poooorahhhh. dah besar pala semua. tunggu la lu org. tunggu.

    ReplyDelete
  2. @Malaysian Makcik [ma] aikk ... tencen ? keh keh keh [/ma]

    ReplyDelete
  3. biasa la...tu kan mainan politik..kutuk....hina...fitnah tu cam tak de pa kat dia org.

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top