Blogger APA - Blogger Gila sudah mula menunjukkan bunga bunga silat dan sudah bersedia untuk bertarung.
Haruslah wa akui, walaupun berlainan kem, blog beliau adalah salah satu blog pro kerajaan yang sering wa jadikan rujukan isu untuk mengetahui berita dari sebelah sana selain dari blog umno reform 2, outsyed the box, mummy rokiah dan beberapa lagi blog lain.
Pendedahan demi pendedahan yang blogger APA lakukan (setakat ini sudah sampai siri ke 5) untuk menuntut haknya yang dinafikan oleh kerajaan Ameno-BN tidak dipedulikan dan kini beliau nampaknya dah bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dengan melakukan banyak lagi pembongkaran yang melibatkan kebobrokan dan kerakusan pemimpin pemimpin utama Ameno yang dengan bukti bukti yang beliau simpan selama ini.
Apakah siri pembongkaran ini akan menandingi blog uncleseekers yang mengkhususkan isu pada Istana Johor atau mungkin lebih panas darinya kerana melibatkan parti dan pucuk pimpinan yang memerintah negara ?? Sama sama kita tunggu dan lihat.
============
P/S : Kepada Dato Seri Najib dan Panglima Panglima Besar Umno hari ini jangan memandang 'enteng' apa RAHSIA dan DOKUMEN yang ada ditangan aku.Jangan menganggap segala peringatan aku selama bertahun tahun ini hanya 'omong kosong' aku sekadar ingin menakut nakutkan korang.Kalau korang boleh memperolehi DOKUMEN BANK NEGARA yang akhirnya memaksa Pak Lah meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri..apakah 'mustahil' untuk aku mendapatkan dokumen yang sama?
Kalau aku boleh siapkan PROJEK PRU 11 bernilai ratusan juta RM tanpa mendapat satu sen pun dari Umno sampai kehari ini....aku bukanlah BODOH sangat saperti yang korang sangkakan..heh heh heh.
============
Nota : Maka makin tak senang duduk lah chai chai ameno untuk menangkis serangan serangan buah kunci jika benar APA ingin meneruskan pembongkaran yang besar sebagaimana yang beliau nyatakan. 1.9 Bilion? .. isk isk isk
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah