Monday, July 2, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Salah Siapa Bila Hukum Hudud Terus Diperlecehkan ??



Assalamualaikum.

Jikalau benar kita orang yang beriman, mari kita kembali kita kepada Qada dan Qadar Allah.

Kita semua manusia yang lemah, hanya boleh merancang. Apa yang terjadi kepada Malaysia sekarang ( dan yang lepas adalah sebahagian dari perancangan Allah semata )

Syukurlah kepada Allah, bukan kepada manusia, ke atas segala nikmat Allah yg telah dikurniakan kepada kita selama ini.

Rasulullah ada bersabda yang antara lain maksudnya:

“Tanda-tanda akhir zaman ialah jika umatku melakukan 15 pekara maka layaklah Allah turunkan bala. Satu daripadanya ialah apabila amanah menjadi tempat untuk dapat habuan, maka di kala itu bala akan turun”.


Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat ke atas apa yang kamu pimpin…” (riwayat Muslim)


Firman Allah :

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan..
(Hud : 113)

Saya bukanlah orang yang berilmu, masih jahil, tetapi sekadar mengingatkan kepada diri sendiri dan juga kepada rakan Muslim yang lain bahwa kita sekarang ini di akhir zaman. Jika baca news hari ini:-



Tidak rasa apa apakah di dalam hati kita?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229). 

Hudud ialah kesalahan jenayah yang melanggar hak-hak Allah iaitu melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah dan hukumannya adalah berdasarkan kepada nas, sama ada melalui AlQuran atau AlHadits. Ia meliputi keperluan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.


تِلْكَ حُدُودُاللّهِ وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُخَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُالْعَظِيمُ

"Itu adalah Hudud (had-had) dari Allah, barangsiapa ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar." (Surah An-Nisaa' : Ayat 13)

Pandangan saya, siapa pun yang menjadi pemerintah negara ini wajib melaksanakan hudud.

Wallahualam.

Oleh: Triple AAA

Nota : Soi Lek menempelak Adun Kemelah sebagai orang yang kekeringan idea dan hilang akal apabila cuba mencadangkan agar hukum hudud diimplementasikan di Johor (rujuk sisipan atas). Dan ini bukanlah kali pertama hukum Islam diperlecehkan oleh menteri dan sahabat kepada ameno ini.

Disinilah kayu uji kepada sifat sifat biawak yang menebal kepada ngo ngo dan mp yang selama ini sangat keras mengkritik usaha memartabatkan hudud yang ingin dibawa oleh parti PAS. Sedangkan BN yang diterajui oleh ameno yang merajai kerajaan pusat sendiri tunduk pada tekanan yang dilakukan oleh seorang non muslim yang sewenang wenangnya menunjukkan sentimen kebencian pada hukum Islam.

Harus dipertanyakan juga kepada orang yang mengaku sebagai ketua agama di negeri Johor yang katanya amat disayangi oleh rakyat sehingga berhimpun lah seramai 30 ribu manusia katanya untuk mempertahankan maruah sebuah nombor plat. Kini maruah agama dipersendakan dinegeri Johor dan apakah nilainya lebih murah dari WWW 1? Tidak terkeluarkah sebarang titah untuk mempertahankan kesucian Islam?

Lebih malang lagi apabila seorang Pengerusi Jawatan Kuasa Agama, Datuk Zainal Abidin Osman menyatakan mereka memang tidak pernah membincangkan untuk menegakkan hukum hudud di negeri Johor dan dalam masa yang sama mufti kerajaan Johor pula mengelak untuk menjawab persoalan ini. Rujuk Sumber

Rujuk :

Adun Umno Cadang Johor Laksana Hudud
Cadang Hudud : Ahli Umno Hilang Akal Kata MCA
Hudud : Kelantan Ada Halangan, Jika Johor Dahului Silakan
Johor Tidak Pernah Bincang Hukum Hudud


The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top