Tuesday, July 3, 2012

TAGGED UNDER:

Wallaweyh .. Coke Dan Pepsi Ada Unsur Ekstrak Babi ??


Memandangkan tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan dan selepas tu disambung dengan Syawal maka wa sekali lagi tempelkan Coke beserta Pepsi dalam entri wa. 2 jenama ni memang menjadi hidangan top masa hari raya nanti sebab mungkin untuk hari besar tu sirap dan oren hanyalah santapan untuk orang zaman paleotik. Tak de kelasss ..

Kalau sebelum ni posting wa bertajuk Gempar: Coke Ada Alkohol?? , kali ni wa nak 'up'kan lagi satu isu .. minuman ni dikatakan mengandungi perisa babi .. weyhh .. biar betik ..

Keratan akhbar berbahasa inggeris kat bawah ni wa terjumpa secara tak sengaja masa merayau dalam net .. mungkin ini le hikmahnya membunuh masa bila kepala hotak dah tepu sambil melayan perut yang bergelodak kekosongan .. huhuhu


Jap .. wa ada banyak masa translatekan untuk kemudahan luorang membaca dengan lebih khusyuk. Jangan risau .. sebab wa tak berpegang pada Google Translate dan terjemahan kaku sebagaimana yang diutarakan oleh Askar Jerman Yang Penyedih .. kah kah kah .. cam biasa terjemahan wa secara bebas sambil cuba sedaya upaya untuk mengekalkan maksud ayatnya insyaAllah.

==//==


Ada beberapa alasan kenapa orang ramai menghindari minuman Pepsi dan Coca Cola antaranya:

1. Kandungan kimia berbahaya seperti unsur karbonat yang berlebihan dan sebagainya 

2. Kerana ia merupakan produk keluaran Yahudi-Zionis dan mereka menyokong serta membiayai kegiatan haram zionis atau lebih tepat aktiviti keganasan Israel.

Kini terdapat satu lagi alasan yang lebih utama untuk diberi perhatian iaitu kandungan 'haram' dalam minuman tersebut.

Artikel berikut telah diterbitkan dalam akhbar Al Riyadh pada 20 April 2006.

Penyelidikan saintifik dan perubatan mendapati meminum Pepsi & Cola boleh menyebabkan kanser lantaran unsur utamanya diambil dari sosej babi. Kitab suci Al Qur'an, Injil dan Taurat telah menyatakan larangan memakan babi, kerana ia satu satunya haiwan yang memakan segala  kotoran, najis dan air kencing, menghasilkan kuman dan mikrob yang tercemar yang amat berbahaya dan boleh membawa maut

Menurut laporan yang disiarkan oleh Jordanian Magazines, Ketua Universiti Sains Dan Teknologi Delhi, Dr. Mangoshada telah membuktikan secara saintifik bahawa unsur utama yang digunakan dalam pembuatan Pepsi dan Cola mengandungi ekstrak dari usus babi yang boleh menyebabkan kanser dan pelbagai penyakit pembawa maut yang lain.

Universiti India tersebut telah menjalankan ujikaji tentang kesan dari minuman Pepsi dan Coca Cola yang telah membuktikan amalan peminumannya boleh mempercepatkan kadar degupan jantung dan merendahkan tekanannya. Juga dengan mengambil sejumlah 6 botol Pepsi atau Coca Cola dalam satu masa boleh mengakibatkan kematian secara mendadak.  

Disamping itu ia juga mengandungi bahan kimia seperti Karbonik dan Asid Fosforik, Asid Sitrik yang merosakkan gigi dan menyebabkan tulang menjadi rapuh. Tulang yang direndam didalam secawan Pepsi menjadi lebur dalam masa seminggu sedangkan tulang orang mati kekal di dalam kubur selama tiga puluh tahun. Kajian tersebut juga mengesahkan, kalsium yang terlerai oleh Pepsi boleh melemahkan pundi kencing, buah pinggang, mematikan fungsi pankreas, menyebabkan kencing manis dan penyakit berjangkit.

(Wa tak terjemah perenggan terakhir sebab tak relevan .. ayat pujuk le konon .. kih kih kih)

==//==

Kilang Coke yang nilainya lebih 1 Bilion skang dah ada kat Nilai .. bernilai sungguh
Samada terdapat atau tidak kandungan ekstrak babi dalam Coke atau Pepsi, terserah luorang nak cari kewajaran dan justifikasi. Cumanya bagi wa, kalau kita renung balik jenama Pepsi tu, ianya memang berasal dari perkataan pepsin, salah satu enzim yang hanya terdapat dalam perut .. tak kira la perut lembu ke, perut ayam serama ke ataupun perut luorang sendiri .. memang kat situ je ada menatang pepsin ni. 

Apa yang penting, banyak keburukan dari kebaikan yang ada. Tapi apadehal .. natijahnya sendiri sendiri tanggung .. tepuk dada tanya mamak .. air susu lembu ada ka?? kah kah kah 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top