Cerita pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas.
Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.
Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.
Paling ketara, semalam, status terbaru di laman sosial, Facebook miliknya, terang-terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas.
Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatpeminat. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam.
Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.
Sementara itu, Zass cuba menghubungi Abby namun tidak berjaya. Adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatannya dalam parti Pas.
Sumber : SinarHarian
Sumber : SinarHarian
salam. aku bukan la kenal sangat artis aktres atau penyanyi malaysia ni tapi apa2pun kalau depa ni ikhlas nak berubah kepada yg lebih baik, alhamdulillah, sesungguhnya hanya Tuhan Yang Maha Berkehendak. semoga depa ni takde la hipokrit mahupun hangat2 tahik ayam, malah cukup kukuh iman dan kental iltizam, lantaran dapat petunjuk Allah dan bantuan rakan2 dalam menepis fitnah dan halangan2
ReplyDeleteabu!
-average joe-
klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 1 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 1)