Wa tak tau apa persepsi peribadi luorang, tapi bagi wa memang negara kita ni dah macam ada 3 orang PM.
Atas kertas memang Najib Tun Razak namun dah lama orang pertikaikan keputusan keputusan beliau yang lebih bersandarkan kepada kebenaran Rosmah. Dah banyak gambar dan peristiwa yang dapat menerangkan duduk perkara ni dengan lebih jelas. Akhirnya jadilah Najib Menteri yang menjaga hal ehwal manita kerana mungkin jawatan tu kurang glamour bagi Rosmah.
Tapi ada lagi sorang yang rupanya lebih penting dalam menentukan halatuju negara. Siapa lagi kalau bukan Che Det yang wa rasa memang kemaruk untuk terus mengekalkan kuasa. Perlu diingat serangan yang dibuat keatas Pak Lah sehingga beliau ugut dan keluar dari Ameno tak lain dan tak bukan ialah kerana Pak Lah gagal mengikut apa yang disarankan oleh Mahathir.
Begitu juga Najib yang ketika itu play safe dan enggan menggugat Pak Lah turut menerima tempias tempelakan Che Det dan dianggap tidak mempunyai mileage untuk menyandang jawatan No 1 Malaysia.
Hari ini sekali lagi Che Det membuktikan yang beliau masih memegang tampuk pemerintahan Malaysia apabila membuat pertemuan dengan Presiden Republik Czech. Umum mengetahui pertemuan itu bukanlah sebuah pertemuan bekas rakan sejawatan tapi ianya merupakan perbincangan kerjasama ekonomi dan peluang pelaburan.
Weyh, apa portfolio yang dipegang oleh Che Det ni sehingga dia boleh mewakili Malaysia dalam hal hal berkaitan ekonomi dan hala tuju perdagangan??
Sedangkan dalam laporan yang sama turut mengatakan bahawa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang turut berada bersama Che Det hanya berstatus menteri pengiring. Seorang menteri menjadi pengiring kepada yang bukan menteri ?? Apa punya pelik ??
Bukankah sepatutnya perkara perkara yang berkaitan dengan perdagangan dua hala antara dua negara ini diwakili oleh PM atau setidak tidaknya oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa??
Makin pelik dengan senario politik BN ni .. kasi tumbang la weyhh ...
Pakat2 undi pr
ReplyDeletehahahaha
ReplyDelete